Penjelasan dr.Maza mengenai Maksud Nama DAMIA
Assalamualaikum
Ramai sangat yang email tanya tentang nama DAMIA. Tidak pasti mengapa ditimbulkan. Secara umumnya dalam kesibulan ini, saya ringkaskan seperti berikut;
DAMIA bukan berasal dari perkataan Arab. Damia mungkin berasal dari Bahasa Greek. Di dalam bahasa Arab ada perkataan DAMM دم bermaksud darah. Boleh disebut DAMIYA دمي dalam bentuk fi'l (verb) tapi Arab tidak dijadikan ia nama.
Orang Arab juga ada menulis DAMIA yang mungkin bermaksud دامعة ataupun دميعة yang berasal dari دمع iaitu tangis. Maka ia bermaksud yang menyebabkan menangis dan sering menangis. Mungkin juga boleh difahami bermaksud yang halus perasaannya.
Maka saya simpul tulisan nama DAMIA yang telah dipakai di seluruh dunia itu bukan dari akar perkataan Arab. Mengandaikan DAMIA dengan maksud darah kotor sama sekali TIDAK tepat.
Jika kita mahu anggap semua perkataan dalam bahasa Arab maka kita mungkin ada sedikit kesukaran. Nama MAT jika diandaikan dalam bahasa Arab dari kalimat MAT مات maka bermaksud mati. Itu dalam bentuk fi'il (verb). Perkataan SHAH jika diandaikan perkataan Arab شاة SHAH itu kambing biri-biri. Namun perkataan SHAH yang dijadikan sebagai nama itu berasal dari Parsi. Ia bermaksud raja. Maka tidak timbul makna kambing dalam Bahasa Arab tersebut.
Maka, setiap kita hendaklah tahu apakah maksud namanya ataupun nama yang diberikan kepada anaknya. Dia merujuk kepada bahasa apa dan apa tujuannya. Apapun pilih nama sesuai untuk semua keadaan terutama biar serasi dengan bahasa Arab kerana itu sering dirujuk oleh masyarakat kita. JUGA jangan kita andaikan nama orang sebagai buruk makna atas bahasa yang kita faham sedang dia mungkin merujuk kepada bahasa lain.
Sekadar ulasan ringkas.
Begitulah info yang diperkatakan oleh Dr.Maza mengenai nama DAMIA. Walaubagaimanapon terpulang pada ibubapa ingin menukar nama damia atau tidak. Seeloknya nama anak diikut pada maksud bahasa arab agar tidak menimbulkan kekeliruan atau fitnah.
Walaupon isu ini dah lama tapi ada bagusnya isu ini dibangkitkan semula agar ibu bapa alert akan maksud nama anak-anak pada masa akan datang.
Info fb page Dr.Maza.com
Wallahu'aalam..
0 KOmen: