Daim & Toblerone tiada sijil HALAL

12/23/2016 08:50:00 PTG Fara Lumière 0 Comments





Bila dapat tahu coklat daim dan toblerone tiada sijil halal tidak senang duduk terutamanya penggemar coklat tersebut. Baru-baru ini kenyataan bahawa 2 buah coklat tersebut tiada sijil halal telah dinyatakan oleh bahagian hab halal, Jakim sendiri.

"Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dua coklat import popular di negara ini, Daim dan Toblerone tidak memiliki sijil halal yang diiktiraf badan itu.

Bahagian Hab Halal Jakim dalam kenyataan hari ini memberitahu, coklat jenama berkenaan bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.

“Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim boleh layari www.halal.gov.my,” demikian kenyataan melalui status terbaharu di akaun Facebook Bahagian Hab Halal Jakim hari ini.

Menurut bahagian itu, sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/ "


You Might Also Like

0 KOmen: