Rumah penginapan murah di Selangor (Nafas Cube)
NAFAS CUBE
Peminat landscape wajib singgah disini! Alangkah indah kalau dapat sebijik macam ni. Simple, cantik dan sejuk mata memandang.
Nafas Cube@MARDI menggabungkan tiga konsep utama dalam pembinaannya iaitu kontena, culvert dan khemah bagi memberikan suasana santai dan sentuhan kontemporari.
Di Nafas Cube juga menyediakan camping site supaya korang boleh membuat aktiviti bersama tersayang seperti berkayak, BBQ, meronda naik basikal,dan aktiviti lain. Fara tak sempat nak ambil gambar bahagian camping site.
Nafas cube ni bukan Rumah pameran ye. Pada yang ingin merasa duduk rumah dalam kontena, tube atau khemah bolehlah membuat tempahan di Nafas cube. Harganya sangat mampu milik.
Yang paling best, kawasan di Nafas cube sangat segar ala-ala oversea gitu. Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan seperti katil, pendingin hawa, kipas, ruang solat dan bilik air bergantung kepada jenis penginapan
Price per night:
Container (Executive) – RM 180
Container (VIP Family) – RM 250
Container (VVIP) – RM 250
Tube – RM 150
Tent (Khemah) – RM 120
Tidak jauh dari rumah penginapan Nafas Cube, disini anda boleh mengisi perot dengan menu special yang disediakan. Tidak perlu bersusah payah keluar jauh mencari makanan kerana segalanya telah disediakan di Nafas Cube.
Im so luck girl sebab dapat singgah di Nafas Cube.
0 KOmen: