Nasi Arab Restauran Al-Rawsha Shah alam
Assalamualaikum...
Fara memang peminat nasi warna warni macam nasi arab, nasi minyak, nasi kerabu, apa sahaja nasi yang berwarna menjadi favourite fara.
Dah lama nak cari nasi arab yang sedap di Shah Alam ni. Bila terjumpa restaurant Al-Rawsha bertempat di Shah Alam, fara tak lepaskan peluang untuk merasa sendiri keenakan nasi arab disini.
Selain nasi arab, pelbagai menu lain turut disediakam disini. Harga bermula dari RM6-RM22. Kalau jenis yang makan sedikit tu boleh beli sejenis nasi dan kongsi untuk 2 orang. Makanan disini terlajak banyak dia serve. Air pula bermula harga RM4.
Yang fara pilih ni Set Jordan Maosaf Rm18 sahaja dan Air tembikai RM8. Staff disini sangat ramah dan mesra alam macam kena layanan 5 bintang beb!
Nah, tengok rapat set menu yang fara pilih tadi. Ade 2 ketul ayam. Sekor ayam lagi tersembunyi dibahagian capati yang berlipat tu. Rasa die boleh tahan. kalau tak habis makan nak bungkus pon tiada masalah. Datang nak terus bungkus pon boleh juga taw.
Overall not good la makanan disini. Bak kata Aimi "mmmmmm...dapppp"
Kalau korang tahu tempat lain yang jual nasi arab sedap komen la kat bawah. Fara nak rasa yang lain pula.. 😋
0 KOmen: