Jelajah MAHA 2016 seramai 3.7juta pengunjung

12/09/2016 02:10:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum....

Berkesempatan untuk menjelajah MAHA 2016 yang bertempat di MAEPS Serdang bermula 1 hingga 11 Disember 2016. MAHA tu apa? MAHA ialah Malaysia Agriculture, Horticulture, & Agrotourism.

Jika ingin kesini dtg pada awal pagi untuk mengelakkan kesesatan lalu lintas. Untuk berkunjung kesini boleh waze MAEPS atau MAHA serdang untuk memudahkan perjalanan tanpa sesat.


Setiba di pintu 2 pada jam 10 pagi MAHA telah dipenuhi dengan ramai orang. Fara Bernasib baik jumpa parking yang dekat dengan pintu 2 bagi memudahkan pencarian kereta takut parking jauh nanti susah nak jumpa. Oh ye, paking RM5 sahaja sekali masuk.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak bawaklah bekalan susu,makanan,payung, dan lain lagi kerana tempat ni sangat besar dan cuaca yang tidak menentu sekarang sukar diduga. kalau anak-anak selesa barulah senang hati kita nak berjalan sakan.

Banyak juga tempat yang fara dapat singgah disini antaranya laman padi, nafas cube, perikanan, perladangan, fama, dan sebagainya.  Walaupon agak penat berjalan tapi rasa berbaloi dengan pelbagai kisah dan cerita disebalik tempat yang ada disini fara dapat tahu.

Ok lets enjoy the views :


LAMAN PADI

Bila sebut padi pasti semua tahu beras diperbuat daripada padi kan? haa, jangan tahu makan je kena tahu jugak beras tu ada pelbagai nama dan bentuk. Bedak sejuk pon diperbuat daripada beras taw.




Disinilah kawasan Laman Padi, dan fara akan tunjukkan korang jenis2 beras yang ada di Malaysia


Sebelum masuk ke galeri padi ada beberapa buah kedai yang menjual beras seperti beras cap rambutan, beras faiza, beras moghul, dan banyak lagi dengan harga yang sangat murah dari pasaran. 


Disinilah galeri padi yang menunjukkan pelbagai jenis beras,rupa dan bentuk yang berbeza. Antaranya beras putih tempatan, beras merah, beras ponni, beras wangi, beras putih import, beras bario dan lain lagi. 


Dalam botol di atas Ada beras bentuk panjang, halus, gelap, dan ade sebahagian daripada beras tersebut fara tidak pernah lihat. Beruntung badan dapat lihat sendiri bentuk dan rupa beras di MAHA2016 ini


Proses membuat bedak sejuk sedang dijalankan. Tahu pakai je kan? Nak membuatnya sangat rumit dan perlukan kepakaran tangan yang bagus. Khasiat bedak sejuk telah dipercayai sejak turun temurun mampu untuk mengembalikan keanjalan kulit muka, nampak lebih berseri, segar dan sebagainya. Nenek moyang kita dulu pakai bedak sejuk je utk muka sebab tu muka dorang awet muda. Inilah rahsianya.


Gambar diatas menunjukkan dekorasi tema MAHA2016 iaitu "our food our future" dengan menggunakan beras sahaja. Sangat unik dan menarik perhatian orang ramai.


Semua ni merupakan antara peralatan tradisional yang digunakan untuk menuai padi.


Terasa susana kampung bila tengok sawah padi macam ni.. Dapat tengok depan mata rupa padi.





Demonstrasi Wau tradisional turut ditunjukkan di Laman padi MAHA2016. Pelbagai rupa dan corak WAU menarik perhatian orang ramai.



Bergambar di prop instagram laman padi sebagai kenangan singgah disini.


JABATAN PERIKANAN MALAYSIA


Di Jabatan Perikanan Malaysia ada pelbagai jenis ikan dari ikan laut hinggalah ikan sungai. Boleh tengok obor-obor, nemo, flower hon, banyak lagi la segala jenis ikan ada.  




Ikan yang paling mahal di MAHA2016 berharga dalam RM2000.




NAFAS CUBE

Peminat landscape wajib singgah disini! Alangkah indah kalau dapat sebijik macam ni. Simple, cantik dan sejuk mata memandang. 


NAFAS CUBE merupakan badan induk kepada persatuan-persatuan peladang seluruh negara dan idea asalnya adalah dari Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Shaberry Chik.





Nafas cube ni bukan Rumah pameran ye. Pada yang ingin merasa duduk rumah dalam kontena, tube atau khemah bolehlah membuat tempahan di Nafas cube. Harganya sangat mampu milik. 

Yang paling best, kawasan di Nafas cube sangat segar ala-ala oversea gitu. Antara aktiviti yang boleh dibuat disini seperti bermain kayak, basikal, santai bersama keluarga dan sebagainya.

Price per night:

Container (Executive) – RM 180
Container (VIP Family) – RM 250
Container (VVIP) – RM 250
Tube – RM 150
Tent (Khemah) – RM 120



Tidak jauh dari rumah penginapan Nafas Cube, disini anda boleh mengisi perot dengan menu special yang disediakan. Tidak perlu bersusah payah keluar jauh mencari makanan kerana segalanya telah disediakan di Nafas Cube. 


LAMAN ARMADA JENTERA

Laman armada jentera ada pelbagai jenis jentera yang digunakan untuk peladang. dari jentera kecil hingga ke besar ada.

lebih 300 jenis jentera dan mesin, bagaikan satu ‘armada’ perang daripada yang bersaiz kecil sehingga jentera memotong jerami padi yang bersaiz ‘gergasi’. 









Berpeluang untuk naik jentera yang disediakan malah kemunculan The Mighty Bumblebee dari filem transfomer membuatkan kanak-kanak ceria di Laman Armada Jentera




PUSAT INFORMASI NANAS

Di pusat informasi nanas fara dapat rasa air fresh nanas. Selalu kat kedai kata fresh kan? Tapi, belom tentu fresh. Kat sini dapat rasa air pure nanas. Rasa nanas dia lembut dan tidak terlalu manis. 

Beruntunglah juga dapat amik nanas buat rasa dirumah nanti. Tak rugi beli nanas sini sudahlah murah manis pulak tu. 







PUSAT PERDAGANGAN DAN AGRO PELANCONGAN

Nak tengok lembu sado boleh singgah di Pusat Perdagangan dan Agro Pelancongan. Lembu hibrid sado adalah lembu pedaging kacukan yang terhasil melalui pembiakan secara Permanian Beradas menggunakan semen/benih beku daripada lembu yang mempunyai ciri-ciri otot berganda semulajadi seperti baka belgian blue


Ini kukeh berusia baru 3 tahun dah sado begini. Berat badan 1.2 tan. Tak dapat bayangkan berat dia sampai tak terkata.

Penternakan lembu hibrid sado mendapat perhatian dan menjadi minat dikalangan penternak-penternak berskala kecil. Kecenderungan ini didorong oleh faktor penghasilan daging yang lebih banyak.



Pameran Lembu Hibrid SADO





Air susu yang menggambit memori silam pon ada jual disini. 


Susu kambing kocak makcik ni jual terbaik boh! 


Aiskrim NS Dairy Farm




LAMAN SAYUR DAN HERBA

Laman Herba dibahagikan kepada beberapa zon yang menawarkan terapi aroma dan warna selain setiap pokok herba ditanam dan dilabelkan kod QR supaya pengunjung boleh menggunakan telefon pintar untuk melihat maklumat pokok terbabit.





Sementara di Market Place pula menawarkan produk-produk jualan termasuk biji benih sa­yuran, anak pokok, baja herba, campuran tanah, produk herba dan kecantikan.












Laman tersebut turut menempatkan Laman Kelulut yang membolehkan pengunjung menyedut madu terus dari sarang dan me­nyaksikan bagaimana madu kelulut serta produk berkaitan dihasilkan




Melon manis terengganu ni fara dah rasa. Manis dan sedap. 


CASTLE OF FRUITS

Nak rasa jagung fama boleh singgah di castle of fruits. Jualan jagung disini sangat murah. Ramai borong jagung untuk dibawa pulang.



Berpusu-pusu orang datang untuk membeli jagung murah di castle of fruit.


Jual beli disini sangat memberangsangkan hingga ada yang borong lebih dari yang dijangka



MAHA2016 terima seramai 3.7 juta pengunjung!!

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melambai kepada orang ramai ketika hadir pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia

Seramai 3.7 juta pengunjung direkodkan pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 yang terbesar dalam sejarah penganjurannya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata angka itu melepasi sasaran awal tiga juta seperti pada tahun 2014.


MAHA kali ini mencatat sambutan luar biasa dan berdasarkan bilangan pengunjung yang masih bertali arus dari awal hingga akhir pameran


Pendekatan agrotainment seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan festival muzik memberi impak positif apabila dapat menarik golongan sasar baharu yang selama ini tidak tahu mengenai MAHA.

 video : lihat kesesakan di MAHA2016 dengan 3.7juta pengunjung

Untuk maklumat lanjut sila rujuk facebook page MAHA :


You Might Also Like

0 KOmen: