Tropika Mnyak Melebatkan Rambut Baby

12/07/2016 03:01:00 PTG Fara Lumière 0 Comments


Assalamualaikum..




Ramai tegur rambut Aimi nampak lebat, hitam dan cantik. Sebelum ni Fara guna brands lain tapi brands tersebut tidak wangi malah sedikit berminyak. Fara cuba brands tropika ni disebabkan pernah terbau anak buah punya rambut wangi walaupon sedang berpeluh.

Rambut anak buah sangat lawa nampak hitam bersinar dan senang terurus. Rambut kalau tidak dijaga dari kecil takut bila dewasa nanti akan ada masalah lain siapa tahu kan?



Tropika ni juga boleh digunakan untuk seluruh badan simanja. Lepas mandi sapukan beberapa titis di tangan dan kemudian sapu ke badan simanja sambil urut sedikit agar simanja berasa selesa dan segar. Secara peribadinya, bau lavender tropika ni agak kuat sampai pening kepala Fara dibuatnya. Hidung fara agak sensitif dengan bauan apa sahaja. Mungkin disebabkan baunya yang kuat buat fara rasa pening sedikit.

Walaubagaimana pon, kebaikan tropika head to toe ni sangat bagus. Setelah beberapa minggu fara pakaikan pada Aimi ada rasa kelainan pada rambut Aimi. Rambut Aimi nampak hitam bersinar, mudah terurus dan wangi sangat! Fara kurangkan beberapa titis masa sapu ke rambut Aimi. Harga Tropika ni pon sangat murah RM20 (SM) dan RM22 (SS) . Boleh didapati di kedai kosmetik dan jamu yang terpilih. Fara tak jual ye.





Inilah dia rahsia cantik rambut Aimi yang lebat dan hitam bersinar. 





You Might Also Like

0 KOmen: