Projek Kahwin - Pakej Perkahwinan Lengkap Raja Sehari

2/18/2017 09:55:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Berita gembira buat bakal pengantin di seluruh Malaysia! 

Kemeriahan dan suasana yang meriah dalam majlis perkahwinan merupakan impian bagi setiap bakal pengantin. Pada hari bersejarah itu juga, sudah pastinya bakal pengantin inginkan sesuatu yang berlainan pada majlis mereka. Ada yang dambakan majlis perkahwinan ala fairy tales, modern, klasik, dan pelbagai konsep kahwin yang lain. 


Untuk menjadikan kelainan dalam majlis perkahwinan itu berjalan lancar dan mengikut citarasa bakal pengantin sememangnya sukar. Jangan bimbang kerana, semuanya boleh diuruskan oleh pakar perunding perkahwinan yang profesional dan terlatih. Setiap perancangan yang dibincangkan akan diambil kira untuk sesuatu majlis supaya uanya berjalan lancar dan meyimpan 1001 kenangan manis buat raja sehari.

Menyedari ianya bukannya mudah, oleh itu terbinanya portal Projek Kahwin dengan fungsi yang mudah dimana ia dihasilkan berfungsi untuk memudahkan bakal pengantin mencari perkhidmatan perkahwinan serta pakej kahwin yang sesuai untuk majlis yang dilangsungkan dengan mengikut citarasa dan bajet yang sesuai.


Apa itu portal Projek Kahwin?

Projek Kahwin merupakan satu laman sesawang yang menyediakan kelengkapan yang sangat lengkap khas untuk bakal pengantin di seluruh Malaysia. Dengan adanya portal Projek Kahwin ini, ianya memudahkan bakal pengantin mencari pakej perkahwinan yang diidamkan mereka, jurufoto, dewan, katering, solekan seri pengantin, bajet perkahwinan serta bulan madu juga turut disediakan oleh portal ini. 

Jika bakal pengantin mempunyai banyak idea tentang majlis mereka tetapi risau dengan ketidaksesuaian dengan tema atau bajet, pihak portal Projek Kahwin juga menyediakan khidmat perunding dan mereka akan guide anda merealisasikan majlis perkahwinan mengikut citarasa anda. 



Kelebihan Portal Projek Kahwin : 

- Memudahkan bakal pengantin mencari dan memilih pengusaha perkahwinan dari pelbagai jenis perkhidmatan mengikut kawasan.

- Memudahkan dan menjimatkan masa kerana pihak Portal Projek Kahwin akan membantu bakal pengantin mencari pakej kahwin yang sesuai untuk majlis anda.

- Portal Projek Kahwin menyediakan pakej lengkap untuk bakal pengantin mencari wedding planer, butik pengantin, katering, jurufoto, solekan, dewan, hotel malah pakej bulan madu juga turut disediakan oleh mereka.

- Projek Kahwin juga dibina untuk membantu pengusaha bumiputra meluaskan lagi perniagaan dan jenama mereka ke serata Malaysia dan juga luar negara.


Portal Projek Kahwin Mesra Pengguna :

Pada bakal pengantin diluar sana usah khuatir jika tiada masa untuk menguruskan majlis perkahwinan atau kurang pendedahan tentang pengurusan perkahwinan yang terbaik kerana portal Projek Kahwin sangat mesra pengguna dan memudahkan pencarian yang di cari bakal pengantin.

Dengan adanya portal Projek Kahwin ianya lengkap dan padat tentang ilmu alam perkahwinan dari awal hingga majlis bersejarah anda. Portal Projek Kahwin boleh dilayari melalui telefon pintar seperti iphone, samsung, ipad dan sebagainya.

Fungsi-fungsi yang disediakan juga memudahkan bakal pengantin mencari vendor perkahwinan yang sesuai dimana disini bakal pengantin akan didedahkan dengan maklumat syarikat seperti logo syarikat, media sosial, nombor telefon dan hasil kerja mereka.

Secara kesimpulannya, portal Projek Kahwin ini dibina bagi memudahkan dan menjimatkan masa bakal pengantin mencari pakej kahwin yang sesuai untuk mereka mengikut citarasa dan bajet yang sesuai.

Jika bakal pengantin ingin tahu lebih dekat mengenai vendor ini, mereka boleh lihat terus akaun facebook dan instagram vendor ini dan bakal pengantin juga boleh terus hubungi vendor untuk bertanya kepada mereka dengan jelas.


Instagram : 
 https://www.instagram.com/projekkahwinmy/
Facebook :
 https://www.facebook.com/projekkahwin/
Website : 
https://www.projekkahwin.com



You Might Also Like

0 KOmen: