TABS - Bakar roti atas scooter
Assalamualaikum.. hi!
Waktu malam kalau tengah lapar tu apa kata pekena roti bakar atas scooter. Haa, ini serius punya cerita memang dorang bakar roti atas scooter beb. Style yang dibawa oleh TABS menggunakan scooter sebagai tarikan utama membawa kelainan yang sangat unik.
Kat sinilah tempat roti tersebut akan dibakar. Layanan dari TABS sangat mesra dan peramah.
Yang fara pilih ni bun charcoal dan chocolate. Rasa rotinya sangat lembut dan jam yang digunakan juga sedap. Masa fara datang agak lewat dalam pukul 11 malam, menu yang masih ada hanya roti sahaja. Walaupon dapat rasa roti je sudah memadai dan puas hati. Serius sedap.
Menu special di TABS adalah sandwish dan scooter set. Kene datang seawal mungkin kalau korang nak rasa sebab terlajak laris.
Lokasi TABS terletak di Setia Taipan, Setia Alam. Waktu beroperasi dari pukul 7.30 hingga larut malam. Bakar roti atas vespa baru style!
Untuk Info lanjut boleh layari laman sesawang TABS yang tertera dibawah :
Instagram : https://www.instagram.com/tabs.my/
Facebook : https://www.facebook.com/tabs.my/
0 KOmen: