Vaseline - Menghilangkan bibir kering dengan pantas
Assalamualaikum.. hi!
Fara nak share 1 produk yang mampu baik pulih bibir dengan pantas iaitu vaseline intensive care. Sesetengah orang suka dan menjadi habit apabila bibir kering tangan akan automatik nak cabut-cabut bahagian kopeng/kering pada bibir tu kan? Ada kalanya sampai berdarah bibir korang cabut. Fara pon kadang-kadang buat jugak. Haha. Lama kelamaan rasa rimas asik nak kopek bibir yang kering tu. Sampai bila asik nak kopek bibir kering?
Bibir bila dah kering nak apply lipstik pon jadi tak cantik! Sangat tak suka. Mujur fara cuba vaseline intensive care ni sangat bagus dan berkesan. Vaseline intensive care ni membuatkan bibir korang sentiasa dalam keadaan lembab. Masa pertama kali fara apply agak rasa jangkal kerana gel dia seperti lilin bibir terus jadi licin.
Sangat sesuai bagi mereka yang mengalami bibir kering, mengelupas, boleh mencuba vaseline intensive care ni. Sememangnya membantu masalah korang. Fara cuba dalam masa 3 hari sahaja bibir dah jadi normal.
Selain itu, vaseline intensive care ini juga boleh mengubati masalah kulit kering yang lain, sebagai contoh pada bahagian siku, lutut, dan punggong. Sapukan sedikit sahaja pada bahagian yang kering dan biarkan tanpa perlu bilas. Pakai sehingga kawasan yang kering tersebut menjadi lembut.
Vaseline intensive cara ini boleh didapati di watson atau guardian dengan harga dalam RM5 lebih. (Lupa harga sebenar)
Berat produk 50g kecik tapi boleh tahan lama kerana ianya hanya perlu pakai sedikit sahaja. Sangat jimat!
Fara dah berjaya selesaikan masalah bibir kering dengan menggunakan vaseline intensive care! I did it!! 😀
0 KOmen: