Tips : Cara menyuburkan rahim paling berkesan

2/07/2017 05:19:00 PG Fara Lumière 0 Comments


Assalamualaikum... Hi!

Alhamdulillah, fara dapat ilmu untuk menyuburkan rahim ini daripada tukang urut. Dia memang tidak kedekut ilmu dan banyak bagi fara tips untuk mengandung atau menyuburkan rahim paling berkesan.

Seperti yang kita tahu, banyak produk untuk mudah hamil ada dipasaran yang kita boleh amalkan akan tetapi, tidak kesemuanya memberikan kesan pada sesetengah individu. Oleh itu, tips yang bakal fara berikan ini merupakan cara yang paling tepat dan berkesan untuk menyuburkan rahim. Bila rahim sudah subur, barulah kita akan mudah untuk mendapat anak. Walaubagaimana pon, rezeki anak ini perlulah diminta oleh Allah SWT selain tawakal setelah mencubanya.

Bahan-bahannya hanya 2 iaitu, madu dan juga biji halba sahaja. Biji halba ni fara beli di tesco.


Inilah dia biji halba. Cara-cara untuk membuatnya adalah :

Ambil 1 sudu teh biji halba dan tumbuk hingga lumat. Selepas itu, gaul rata biji halba yang telah ditumbuk lumat tadi bersama sedikit madu untuk dijadikan bulat. Bila dah jadi bulat, makan selepas sarapan pagi.



Perhatian !!!

Amalkan seminggu 3 hari sahaja jangan lebih. Boleh kurangkan dos kepada seminggu 1 kali atau 2 hari selepas makan jika dah sebulan pengambilan.

Kenapa kene buat bulat-bulat? Sebab untuk memudahkan kita telan. Rasanya agak kuat dan berbau halba. Amalkan pada waktu pagi selepas sarapan untuk kesan yang cepat.

Salah sangka 

Tukang urut juga ade pesan pada fara agar menjauhkan atau tidak mengamalkan manjakani kerana manjakani memang bagus untuk mengurangkan keputihan TETAPI, ianya akan mempercepatkan Menopause!! Agak bahaya jika kerap mengamalkannya. 

Terpulang pada individu sendiri sama ada hendak percaya atau tidak dengan tips yang fara kongsikan ini. Fara cuma kongsikan sesuatu yang semua wanita berkahwin dambakan iaitu zuriat. Fara percaya ramai yang telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat. Jika belum mencuba tips ini, apa kata amalkan pula mana tahu berhasil.

Tip ini hanya untuk menyuburkan keadaan rahim wanita sahaja. Tiada kesan sampingan lain. Apabila rahim wanita telah subur, inshaAllah mudah untuk kita memperoleh zuriat kelak. 





You Might Also Like

0 KOmen: