Cara mengatasi masalah batuk dengan cepat dan berkesan

3/25/2017 01:04:00 PTG Fara Lumière 0 Comments



Assalamualaikum.. hai!

Sejak kebelakangan ni Fara kerap batuk hampir tiap malam. Sebelum ni pernah batuk dekat 2 bulan dah buat checkup dan x-ray fara tiada masalah kesihatan. Hati mana tidak risau kalau asik batuk kan? Fara banyakkan minum air masak kemudian, jaga pemakanan. Ubat batuk, ubat doktor bagi semua fara ambil tapi semuanya tidak mendatangkan hasil.  Hanya berkesan sementara waktu sahaja.

Euky Bearub ni kakak ipar yang suruh cuba katanya sejak cuba anaknya tidak selsema atau batuk terutama pada waktu malam. Fara pun ikhtiar beli Euky Bearub ni di caring yang berdekatan kawasan rumah. Masa pertama kali cuba, ianya melegakan batuk sedikit demi sedikit. 

Hari seterusnya, fara tetap pakai sebab takut batuk berulang dan alhamdulillah, batuk yang fara hadapi semakin pulih dan menunjukkan perubahan. Fara pakai setiap malam dan bila bangun pagi, fara dapat buang kahak dengan lancar. 

Antara kelebihan lain Euky Bearub ni adalah : 

* Menghilangkan batuk dengan pantas
* Menghilangkan gatal akibat gigitan nyamuk
* Menghilangkan selsema 
* Melegakan perut kembung

Cara pakai Euky Bearub :

Sapu pada bahagian yang sakit. Sesuai juga untuk diletakkan pada anak-anak yang mengalami masalah batuk atau selsema. Untuk kegunaan luar sahaja.

Mana nak dapatkan Euky Bearub ni? 

Euky bearub ni boleh didapatkan di caring dengan harga dalam RM17++ Fara lupa harga masa beli aritu. 


Semoga artikel ini memberi manfaat pada kawan-kawan yang ingin mencuba merawat batuk yang dihadapi. InshaAllah. 

Note : kalau batuk kawan-kawan masih tidak pulih, berjumpalah dengan doktor. 







You Might Also Like

0 KOmen: