Mangsa MLM |Tipah Tertipuu|
Assalamualaikum.. hi!
Perbualan antara fara dgn 2 org yg berbeza utk produk yg sama.. seminggu selepas fara tertipu dgn org pertama, org kedua pula PM tentang perkara yg sama.
Tanpa berfikir panjang, fara terus terima tawaran si dia untuk berjumpa setelah kami set masa dan tarikh dalam messanger. Hari perjumpaan telah tiba, masa datang rasa pelik sebab fara seorang sahaja blogger yang hadir. Katanya lebih memudahkan penerangan bila jumpa personal. Ok fine, borak punya borak semakin melarut pulak berbincangan kami sampai bukak hal "downline" terima "komisyen", dafter keahlian untuk menikmati harga produk yang lebih murah, etc laa.. Dalam hati dah rasa pelik sangat.
Kemudian, si dia bawa fara ke showroom yang herhampiran dengan tempat perjumpaan tadi. Memang tak dinafikan, segala produk yang ada memang bagus dan ramai yang beli produk tersebut. Si dia tunjukkan segala produk yang ada disitu pada fara. Lepas kesemua produk tersebut telah ditunjukkan sidia akan bertanyakan "pilihan produk" yang fara nak "review". Dalam hati wahhh!! Pilih je mana kau nak weiiii... Syookk review mcm ni...
Last sekali, si dia bawa fara ke ofisnya pula untuk bincang tetang produk yang fara nak review. Masa sampai je ofis si dia keluarkan borang. Alamakkk!! Borang apa pulak ni? Risau gila fara masa ni.. sebab tadi masa bincang kata "tiada paksaan" nak review ke x.. masa ni serius stresss rasa nak balik macamtu je.. fikir adab punya pasal fara slowtalk dengan sidia, kenapa i kena isi borang ni? Kata i boleh pilih barang then review? Sidia pon bagitahu lagi sekali, nak review kene daftar jadi ahli dulu, nanti beli barang then buatlah review macam biasa.. kalau review u berbaloi, i boleh proceed payment around RM150-300 per entry. Itu pon kalau entry tu cecah target yang sidia nak capai baru dapat payment.. ohhnooo!! Sah MLM punye style ni... Fara terus minta maaf mintak izin nak balek sebab terlalu lewat dan akan fikirkan untuk review ke tidak produk sidia tu...
Selang beberapa hari sidia ada PM bertanyakan keputusan tapi masa tu kebetulan fara berada dihospital dan terus kata fara tak nak review apa-apa langsung.
Fara up status ni di facebook takut kawan-kawan blogger yang lain terkena bende yang sama dan berharap mereka berhati-hati. Ramai rupenye yang bengang dan telah tertipu macam yang fara alami...
Niat fara bukanlah nak memburukkan produk tersebut, tapi bak kata "bro" cara PR yang menguruskan itu hanya mempergunakan orang. Blogger pon mahu cari makan bukan nak buang masa datang jadi ahli produk tu.
Produk apa? Biarlah hanya blogger yang tahu.. fara tak nak tutup periuk nasi company tersebut cuma sangat tidak suka dengan cara mereka sahaja.
Sekian dari hati kecil yang berbicara~~
0 KOmen: