Swissvita All Young Acne Solution Review

6/23/2017 01:30:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum.. hi!

Selamat sampai sudah produk yang fara nanti-nantikan dari Swissvita iaitu All Young set Acne Solution. Set All Young ni khas untuk mereka yang inginkan kulit muka yang kekal muda dan tona kulit lebih sekata. Bila umur semakin meningkat, tidak mustahil boleh timbul kedutan! Sebab tu pentingnya penjagan rapi lebih lagi bila meningkat usia. 

3 Produk yang fara terima adalah Acne Solution SerumAcne Solution Skin Balancing Toner dan juga Micrite 3D all Use Cleanser Cream. Setiap produk ini mempunyai kelebihannya tersendiri.


Swissvita ni apa?

Swissvita bermula pada tahun 2007 antara makmal penjagaan kulit yang berjaya menggabungkan intipati kecantikkan Eropah dengan inovasi teknologi Asia. Setiap produk Swissvita dicipta untuk membantu kecantikan semulajadi anda. Swissvita menggunakan ekstrak semulajadi tumbuhan dan digabungkan dengan beberapa vitamin dan ramuan lain untuk penjagaan kulit yang lebih natural dan selamat digunakan tanpa kesan sampingan. 


Produk Swissvita Acne Solution direka untuk merawat kulit bermasalah seperti berjerawat, liang roma yang terbuka, kulit sensitif atau kulit kering, kusam atau sebagainya. Sangat sesuai untuk kulit orang Asia.

Untuk ibu hamil seperti Fara juga sesuai dan selamat digunakan kerana produk ini bebas pewarna, bahan pengawet, alkohol dan lain-lain.

Sepanjang hamil, hormon badan fara tidak stabil hingga menyebabkan timbul jerawat dimuka. Kawasan T-zon juga agak berminyak hingga rasa rimas dan malu nak lihat muka sendiri di cermin. Sewaktu hamil, kalau nak pakai apa sahaja produk pastikan produk tersebut diperbuat dengan ekstrak semulajadi agar tiada kesan sampingan sepanjang menggunakannya. Jika produk yang dipakai mempunyai bahan kimia, ianya boleh membahayakan kandungan bayi.


Acne Solution serum

Kelebihan :
  • Melembapkan kulit
  • Menutup liang roma yang terbuka
  • Memperbaharui kulit baru pada wajah
  • Mencerahkan kulit muka
Sesuai untuk :
  • Kulit berminyak dan kulit kombinasi
Bagaimana nak guna :
  • Gunakannya selepas toner. Sapu sedikit ke wajah anda, terutamanya zon T. Kemudian perlahan-lahan urut untuk penyerapan yang lebih baik.



Acne Solution Skin Balancing Toner

Kelebihan :
  • Menutup liang roma terbuka
  • Tanpa kesan pengelupasan
  • Membaiki tona kulit yang tidak sekata
Sesuai untuk :
  • Kulit berminyak dan kulit kombinasi
Bagaimana nak guna :
  • Gunakannya selepas anda mencuci muka. Boleh menggunakannya sebagai toner.
  • Goncang sebelum digunakan.
  • Tuangkannya pada tapak tangan atau kapas, kemudian sapu ke kulit


Micrite 3D All Use Cleanser Cream

Kelebihan : 
Mencuci secara mendalam
  • AIRY FOAM PURIFIES SKIN FROM DEEP WITHIN
  • NATURAL AND SAFE AC-11®
  • EXTRACTS DARI TREE OF MIRACLES
Faedah : 
  • Ia dirumuskan untuk menghapuskan kotoran dan minyak dengan perlahan dari pembersihan yang mendalam. Memperbaiki permukaan kulit supaya kulit lebih halus, licin.
Bagaimana nak guna : 
  • Basuh muka dengan air suam. Kemudian, sapu cleanser cream tersebut ke seluruh muka dengan Urut ke kulit dalam gerakan lembut dan bulat. Elakkan terkena kawasan mata. Bilas dengan teliti. 

You Might Also Like

0 KOmen: