J-Bros Western Food Puncak Alam
Assalamualaikum... Hi!
Sejak umur semakin meningkat ni, makin suka pula mencuba menu-menu yang menarik dan kebetulan Fara dengan suami menyukai makanan western. Kalau suami suka lamb dengan beef, Fara pula suka spagetti, burger, mashed potato dan meatball.
Fara tidak melepaskan peluang untuk Mencuba salah satu menu di J-BROS yang terletak di Puncak Alam, Shah Alam iaitu menu Let's Steak Out Talam berharga Rm48 untuk 3-4 pax dewasa Free Air 4 cawan.
Set menu lain juga ade disediakan bergantung pada minat dan jumlah pax yang makan. Nak makan alakat pon ada disediakan.
Ta-daaa... Set menu Lets Steak Talam yang fara order. Ingatkan xboleh habis sebab sesuai untuk makan 3-4 orang rupenye, dapat jua habiskan berdua dengan suami.
Dalam set Lets Steak Talam ni ada menu spagetti, kentang, coleslaw, grill chicken, lamb chop, roti, dengan sosej. Berbaloi dan sedap.
Facebook page :
0 KOmen: