Bid di Chilindo, Berbaloi ke??
Assalamualaikum.. hai!
Chilindo sekarang popular dengan tawaran bid yang bermula dengan harga hanya RM0.1 pada setiap barang. Jika bertuah, anda boleh dapatkan item yang diminati dengan harga tersebut! Iyee, memang betul dan nampak tidak masuk akal beli barang dengan kadar harga yang sangat murah dari harga borong! Tapi itu semua bergantung pada "luck"
Memang agak sukar nak bid pada harga yang murah kerana semakin hari ramai yang membida. Ade beberapa tips jika anda nak bid di Chilindo iaitu :
1) Bid pada waktu malam start pukul 1.00am kerana Waktu siang lebih ramai bid dari waktu malam.
2) Jangan bid apabila barang tersebut melebihi harga dari pasaran kerana akan merugikan.
3) Cari dan Bid barang yang dikehendaki pada saat akhir ke 30 saat kerana bid pada awal waktu akan membuatkan anda penat menunggu sahaja.
Inilah die barang yang fara bid di chilindo :
Berbaloi ke bid di Chilindo? Item diatas merupakan barang yang fara bid. Kesemuanya ada 9 barang dan total termasuk kos penghantaran RM109.
Kaedah penghantaran di Chilindo ada 3 jenis iaitu COD (cash on delivery), Atm/bank dan bayar melalui visa/mastercard. Fara memilih penghantaran melalui COD sebab di chilindo tiada bank tansfer seperti maybank atau cimb bank.
Barang yang fara bid :
Hair blowing brush
Tripod for camera
Flexible octopus
Backpack pink
Mini travel bottle
Eve backpack
Mp3 player
Monopod selfie stick
Rasa-rasa kalau beli kat kedai dapat tak harga macam kat Chilindo?
Selamat bid di http://www.chilindo.com/
0 KOmen: