Perkahwinan Serentak Paling Ekslusif di Malaysia

8/13/2017 10:36:00 PTG Fara Lumière 0 Comments


Assalamualaikum.... Hi!

Perkahwinan Serentak Paling Ekslusif di Malaysia|Telah berlangsungnya Perkahwinan Ekslusif Beramai-ramai Mega Wedding Malaysia 3.0 pada 12 Ogos 2017 bertempat di Marina, Putrajaya berjalan dengan lancar sekali. 

Kemeriahan yang berlangsung disini membuatkan para tetamu yang hadir selesa dengan keadaan tempat yang besar disertai dengan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. 

Jam 1.15pm selepas azan zohor, kesemua tetamu serta para media menunggu ketibaan pasangan pengantin dari jeti. Nampak ekslusif sekali apabila kesemua pasangan mempelai turun dari Cruise untuk melangkah pergi ke tempat persandingan. 

Antara barisan pengantin di Mega Wedding Malaysia :







Sama cantik sama padan, bagaikan pinang di belah dua kesemua pengantin disini mempergayakan baju pengantin yang pelbagai design seperti songket, peplum, dan sebagainya. 

Dari cruise, kesemua pasangan mempelai melangkah ke karpet merah menuju ke tempat persandingan untuk sesi beramah mesra bersama ahli keluarga dan para tetamu yang hadir. Terserlah keanggunan pasangan masing-masing kerana diraikan dengan begitu meriah sekali dan tidak lupa dengan pasukan kompang dari kumpulan 5 beradik turut memeriahkan lagi suasana di Mega Wedding Malaysia.







Kek yang bakal dipotong oleh setiap pasangan pengantin direka khas oleh Mega Wedding Malaysia.



Setiap pasangan pengantin diberikan tempat khas untuk mereka menjamu selera bersama keluarga tercinta. Keselesaan untuk pasangan pengantin dan ahli keluarga yang hadir amat dititikberatkan oleh penganjur agar mereka selesa dan berpuas hati dengan servis yang diberi.

Khidmat katering yang disediakan juga begitu baik dan sedap. Pelbagai juadah dan pencuci mulut tersedia disini.





Untuk bakal pengantin yang masih tercari-cari pakej perkahwinan idaman termurah boleh la membuat tempahan di Mega Wedding Malaysia sekarang kerana Tempahan untuk tahun 2018 telah pun dibuka! 


Kenapa perlu pilih Mega Wedding Malaysia sebagai tempat bakal perkahwinan anda?

🔹Harga yang ditawarkan serendah RM7000
🔸Pelayaran Cruise disepanjang tasik Putrajaya
🔹Pelamin gergasi ekslusif
🔸Sesi outdoor photoshoot berkonsepkan "lakeside concept"
🔹Persembahan Live band jemputan
🔸Terima hadiah misteri dari pihak penganjur
🔹Kek perkahwinan disediakan

Pakej yang tersedia di Mega Wedding Malaysia sememangnya lengkap dan murah. Untuk keterangan lanjut mengenai pakej atau tempahan sila layari laman sesawang berikut :


You Might Also Like

0 KOmen: