Keistimewaan Daun Sireh untuk kecantikkan Semulajadi
Assalamualaikum.. hi!
6 rahsia daun sireh untuk kecantikkan semulajadi yang menjadi petua orang lama telah diguna pakai dari dahulu hingga sekarang kerana keberkesanannya dalam merawat masalah yang sering terjadi pada setiap orang iaitu masalah payudara kendur, ketiak hitam/berdaki/, keputihan melampau, mulut berbau dan sebagainya.
Kesemua masalah ini boleh dirawat hanya menggunakan daun sireh sahaja.
Khasiat daun sirih dan Caranya rawatan :
Besarkan P4yud4ra
Layurkan daun sirih yang telah disapu dengan minyak zaitun diatas api yang sederhana atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam atau agak layu, tekapkan daun sireh tersebut pada payudara anda dan biarkan seketika.
Lakukan dua atau tiga kali seminggu
Atasi masalah keputihan
Mandi dan basuh bahagian intim anda dengan air rebusan sireh srlama tujuh hari untuk menghilangkan rasa gatal, membersihkan vagina, dan menghilangkan keputihan
Amalkan memakan sirih setiap hari juga boleh menghilangkan masalah keputihan
Atasi masalah Haid
Amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sireh
Amalkan dua hingga tiga hari dalam seminggu inshaAllah masalah Haid tidak teratur akan berkurang
Mencerahkan Ketiak
Campurkan air kapur sireh dengan limau nipis serta gosokkan pada ketiak selepas mandi
Amalkan selama seminggu dan ketiak akan menjadi cerah serta kurang berbau
Masalah Perut buncit
Campurkan kapur sireh dengan limau nipis serta sapukan rata pada perut setiap malam sebelum tidur
Amalkan selama sebulan berselang setiap malam. InshaAllah masalah buncit akan berkurang
Mulut berbau
Ramas-ramas sehelai daun sireh dan masukkan kedalam secawan air suam, kumur-kumur dengan air tersebut.
Amalkan selama sebulan setiap pagi inshaAllah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.
0 KOmen: