Colmar Tropicale Berjaya Hills, Menarik ke Tidak?

9/01/2017 10:25:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Short Vacay | Colmar Tropicale Berjaya Hills

Gerak pada jam 9.00am dan tiba di Colmar Tropicale pada 11.00am. Hanya mengambil masa dalam 1 jam lebih jika gerak dari shah alam menuju ke Colmar Tropicale Berjaya Hills.


Dibuka oleh Berjaya Hills Resort, perkampungan bertema ala perancis ini mendapat ilhamnya dari Colmar Village Alsace, sebuah perkampungan perancis yang terkenal dengan jalan batu buntar dan bangunan peninggalan zaman Renaissance.

Suasana kampung ini bakal membuat sesiapa sahaja yang berjalan disini merasa seolah-olah berada didalam sebuah filem eropah klasik.


Apa yang menarik di Colmar Tropicale Berjaya Hills?

Memang tidak dinafikan, setiap orang mempunyai maksud keseronokkan mereka yang tersendiri. Bagi Fara, Colmar Tropicale ni sangat sesuai untuk short vacay kerana korang boleh habiskan kesemua tempat dalam ni hanya dalam setengah hari sahaja!

Selain daripada suasana yang unik, terdapat juga banyak aktiviti menarik yang menanti anda sekeluarga seperti rock climbing dan mountain biking. Untuk pengalaman bercuti di Bukit Tinggi yang lengkap, anda boleh memilih untuk bermalam di resort tersebut. Kepada mereka yang merancang untuk balik hari pula, bayaran kecil dikenakan untuk melawat kawasan tersebut.


 Harga Tiket Colmar Tropicale Berjaya Hills

Dewasa : RM15


Fara tidak ingat harga tiket untuk kanak-kanak bawah umur berapa. Untuk makluman, harga tiket yang korang bayar di counter masuk awal sebelum sampai ke French Theme sudah termasuk dalam bayaran ke Taman Botani dan juga Japanese Village. Bas juga ada disediakan disini untuk memudahkan korang bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Jika ingin menaiki kenderaan sendiri juga dibolehkan kerana bas hanya mengambil penumpang mengikut jam yang telah ditetapkan sahaja. Jika ketinggalan bas, korang terpaksa menunggu bas dalam 1-2 jam berikutnya. 

Tempat Menarik di Colmar Tropicale Berjaya Hills

1. Japanese Village

Japanese Village yang terletak di Bukit Tinggi ini merupakan memperlihatkan koleksi tarikan bertema jepun yang disusun kemas sekitar sebuah taman hijau yang luas dengan tujuan untuk menghidupkan suasana perkampungan jepun tradisional dahulu kala.

Perkampungan jepun ini dihias dengan kolam ikan Koi, taman bunga dan batu berlumut yang cantik. Antara tarikan mesra keluarga yang boleh dijumpai disini adalah Rumah Teh Jepun, Taman Botanikal, Tatami Spa, Ume Tatami Suite dan restoran Ryo Zan Tei.










 2. French Themes

Dengan suasana yang nyaman dan pemandangan yang bakal menenangkan fikiran, pengalaman bercuti di Bukit Tinggi Pahang adalah suata yang harus dirasai bersama keluarga, khususnya mereka yang gemar bergambar.








3. Botanical Garden

5 minit sahaja masa memandu dari Colmar Tropicale, taman yang tersembunyi di dalam Japanese Village ini mempunyai kawasan seluas 4 ekar dan menampilkan beraneka jenis tumbuhan iklim sejuk seperti pokok Strawberry dan Pear.

Sebuah walkway khas sepanjang 1 kilometer melalui taman dan menjadikan tempat ini ideal untuk berjalan santai bersama keluarga ataupun orang yang tersayang sambil menikmati kepelbagaian flora dan fauna yang menghiasi taman ini.

Botanical Garden Bukit Tinggi

4. Rabbit Park

Khas buat ibu-bapa yang bercuti bersama anak kecil, Rabbit Park merupakan tarikan mesra kanak-kanak dan menampilkan sebanyak 200 arnab comel yang bakal buat anak anda tertawa keriangan. Disini pelawat dapat bermain sambil bergambar dengan arnab-arnab tersebut.

Setelah puas membelai bulu arnab yang gebu, lihat pula gelagat lucu haiwan lain seperti rusa atau menunggang keldai yang jinak. Tambahan pula, anak anda boleh melakukan pelbagai aktiviti sampingan seperti kelas mengecat dan melukis.

Rabbit Park Bukit Tinggi


Berakhir sudah entri tempat menarik di Bukit Tinggi 









You Might Also Like

0 KOmen: