Bayi dan Jaundis | Jangan Ambil Mudah |
Apakah Jaundis?Jaundis di kalangan bayi dikenalpasti daripada keadaan mata dan kulit yang bewarna kekuningan. Sebanyak 75% daripada bayi yang baru lahir mendapat jaundis
Apakah yang menyebabkan jaundis?
Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia diproses di dalam hati dan di buang melalui najis dan air kencing. Walau bagaimanapun, hati bayi baru lahir tidak berfungsi begitu sempurna. Oleh itu tahap bilirubin akan bertambah di dalam badan. Keadaan inilah yang menyebabkan jaundis.
Bayi yang sering mendapat Jaundis adalah:
- Bayi pramatang
- Bayi yang mengalami infeksi
- Bayi kekurangan G6PD
- Bayi yang tidak mempunyai keserasian kumpulan darah dengan ibunya :
- Ibu mengalami Rhesus Negatif(-ve)
- Ibu dari kumpulan darah jenis O
Adakah Jaundis Merbahaya?
Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak, dan kematian otak
Apakah tanda-tanda bayi dalam bahaya?
- Jaundis dalam masa 24jam selepas dilahirkan
- Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat
- Kurang aktif, tidak sihat atau demam
- Enggan menyusu
- Mengalami kekejangan
- Jaundis berterusan melebihi 14 hari
- Najis bayi pucat atau air kencing berwarna teh
Apa yang perlu dilakukan oleh ibubapa sekiranya bayi mengalami jaundis?
- Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran
- Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi
- Elakkan dari menjemur bayi dibawah cahaya matahari
- Tingkatkan kekerapan penyusuan susu ibu
Apakah masalah jangka panjang daripada Jaundis?
sekiranya tidak dirawat dengan segera bayi boleh mengalami :
- Masalah pendengaran (pekak)
- Masalah pembelajaran
- Kecacatan intelektual
- Palsi serebrum
Petua/Tip Menurunkan Jaundis Paling Berkesan
Setiap bayi mempunyai Jaundis yang berbeza tahap Bilirubin dalam badan Termasuk bayi fara sendiri menghadapi masalah Jaundis selepas dilahirkan. Ibu-ibu jangan khuatir kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali Mati. InshaAllah tips atau petua yang fara amalkan untuk menurunkan Jaundis pada bayi fara mujarab dan paling senang untuk diamalkan. Sebagai seorang ibu, jika bayi anda mengalami Jaundis, ikhtiarlah semampu yang boleh untuk memastikan Jaundis tersebut dapat di turunkan sebelum perkara yang tidak di ingini terjadi.
Hati ibu mana tidak risau jika anak terkena Jaundis kan? Perkara pertama sejurus check bayi ada Jaundis terus fara "search" di google dan bertanyakan pada orang tua tip untuk menurunkan Jaundis dengan cepat. Rata-rata suggest fara minum air sengkuang cina.
Sepanjang bayi kena jaundis, Fara minum air tin F&N seasons NutriWell water chestnut sahaja untuk menurunkan Jaundis. Dan alhamdulillah kesan yang dapat dilihat sangat memberangsangkan. Result bilirubin yang turun begitu ketara sekali. Selain itu, pastikan anak anda kerap minum susu selang 2 jam. Minum susu yang kerap juga turut membantu menurunkan kadar Jaundis.
Lega hati bila tengok result Jaundis dari 192 TURUN ke 85 dalam masa 3 hari... Kerapkan penyusuan dan amalkan Air tin F&N water Chestnuts sahaja sepanjang bayi Jaundis.

Rujukan : Buku klinik kesihatan
0 KOmen: