Tips Didik Anak Bijak dan Dengar Arahan | ARAYYAN
Membaca dan menulis adalah kemahiran yang amat penting dalam kehidupan harian. Kanak-kanak yang berjaya menguasai kemahiran ini sejak usia muda biasanya dapat mengharungi dunia akademik dan kerjaya profesional dengan jayanya.
Start Belajar Ketika Masuk Tadika, Merugikan!
Pandangan umum sering dilihat kanak-kanak belajar membaca dan menulis semasa prasekolah atau darjah satu saja. Kenyataan ini ada kebenarannya, memang kanak-kanak mula membaca semasa prasekolah, tetapi sebenarnya apa yang berlaku sebelum itu memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana mereka belajar membaca serta menulis.
Kanak-kanak dengan kemahiran pertuturan dan bahasa yang baik lebih bersedia menerima pelajaran dan mudah belajar membaca serta menulis. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka dan banyak yang aktiviti boleh dilakukan bagi membantu permata hati berjaya di sekolah. Kebanyakan aktiviti ini boleh dilakukan dengan menggalakkan kemahiran literasi awal secara menyeronokkan bersama anak dalam mendidik mereka membaca dan menulis di rumah.
Kemahiran Literasi Awal
Pasti ada yang tertanya-tanya, apa itu kemahiran literasi awal? Literasi awal adalah segala maklumat mengenai membaca dan menulis yang diketahui oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca atau menulis.
Kemahiran literasi awal ini boleh dipupuk oleh ibu bapa semasa kanak-kanak berada pada umur dua hingga lima tahun. Dunia kanak-kanak penuh dengan aktiviti bermain. Kanak-kanak mempelajari sesuatu dengan berkesan apabila mereka sedang berseronok. Sebenarnya kenyataan ini adalah benar untuk kita semua. Kita mempelajari sesuatu dengan lebih mudah dan berkesan apabila sedang berseronok, sama juga konsepnya dalam memperkenalkan kaedah literasi awal, perlulah dengan kaedah menarik.
Kiddy Kit Edu Play Set, produk pembelajaran awal kanak-kanak
Kiddy Kit Edu Play Set, produk pembelajaran awal kanak-kanak yang direka khas dalam bentuk bilingual iaitu Bahasa Melayu dan English.
Konsep 3M yang Membantu Perkembangan Anak-anak
Set ini merangkumi aktiviti-aktiviti yang menggunakan konsep 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mewarna. Ia dilengkapi 16 item termasuk buku, cakera padat (CD), alatulis, krayon, pensel warna, set mini puzzle dan macam-macam lagi. Pastinya, ia memudahkan kanak-kanak memahami huruf dan nombor dalam bilingual dalam aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan dalam set pembelajaran ini.
Jangan Paksa! Biarkan anak-anak Minat dengan Sendiri
Kita tidak boleh terus menyuruh ataupun memberi buku untuk dibaca. Kanak-kanak perlu berlatih menggunakan pensel, pensel warna, ataupun crayon, dengan bermulanya menconteng dan mewarna. Dari mata kasar, set ini dilihat biasa namun jika ibu bapa membuka CD yang disertakan, paparan video dengan konsep kartun dan ceria menarik perhatian anak-anak.
Didatangkan dengan kotak pembungkusan yang praktikal, ia mudah dibaca ke mana sahaja selain saiz buku-buku latihan asas lebih kecil sesuai untuk si kecil. Selain itu, apabila kanak-kanak lebih cenderung untuk menyiapkan aktiviti-aktiviti menarik, mereka tidak lagi tertarik dengan penggunaan gadget seperti telefon pintar.
Belajar Sambil Bermain
7 Buah Buku Yang Menarik dari Kiddy Kit Edu Play Set
Anak berusia tiga tahun ke bawah mungkin lebihkan bermain dan bergurau dengan mereka untuk latihan motor kasar dan kemahiran motor halus seperti cara memegang pensil, gunting kanak-kanak atau berus lukisan. Manakala antara usia tiga ke enam tahun, sudah boleh melukis, mewarna, menulis, projek kraf tangan, dan laksanakan eksperimen mudah serta menarik.
Di dalam Kiddy Kit Edu Play Set mempunyai sebanyak 7 buah buku yang begitu menarik perhatian anak-anak antaranya buku mewarna, menulis dot to dot, mengira, mengenal, dan membaca. Apabila mereka seronok belajar tidak mustahil jika subjek yang diajar itu dapat diingati dalam tempoh lama. Bukan untuk pelajaran saja, malah memori yang baik sangat penting terutama apabila dewasa kelak kerana ia berupaya membantu meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah yang berkesan.
Kiddy Kit Edu Play Set ini sangat membantu anak-anak sebelum mereka melangkah masuk ke alam persekolahan kelak.
Persediaan Awal Ke Alam Persekolahan
Di dalam Kiddy Kit Edu Play Set mempunyai sebanyak 7 buah buku yang begitu menarik perhatian anak-anak antaranya buku mewarna, menulis dot to dot, mengira, mengenal, dan membaca. Apabila mereka seronok belajar tidak mustahil jika subjek yang diajar itu dapat diingati dalam tempoh lama. Bukan untuk pelajaran saja, malah memori yang baik sangat penting terutama apabila dewasa kelak kerana ia berupaya membantu meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah yang berkesan.
Kiddy Kit Edu Play Set ini sangat membantu anak-anak sebelum mereka melangkah masuk ke alam persekolahan kelak.
Semakin Banyak Pendedahan, Semakin Bijak Anak
Beriadah Dengan Anak-Anak Salah Satu Cara Didik Anak Hebat!
Dengan melakukan aktiviti seperti melukis, mewarna, mengira, mengenal, dan sebagainya bersama si kecil, ia bukan sahaja meningkat kemahiran menulisnya. Bahkan turut mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak-anak. Si kecil biasanya inginkan perhatian ibu bapa, jika tidak, mereka akan memberontak untuk dapatkannya. Aktiviti yang asas ini menguatkan genggaman dan pergerakan tangan mereka. Beri galakan agar mereka mewarnakan pelbagai saiz dan bentuk objek untuk meningkatkan daya kreativiti anak anda.
Otak Anak Seperti SPAN yang Mudah Menyerap
Otak kanak-kanak sangat pantas mempelajari sesuatu yang baru. Namun, tidak ramai ibu bapa tahu seawal usia dua tahun, kanak-kanak boleh dilatih membangunkan lima kebolehan pembelajaran membabitkan otak untuk memberikan mereka asas yang betul agar cemerlang di dalam pelbagai subjek terutama Matematik.
Kanak-kanak belajar dengan lebih berkesan apabila mereka terbabit sepenuhnya di dalam subjek yang dipelajari. Justeru, kaedah pembelajaran tradisional yang berasaskan kepada penghafalan dan latih tubi perlu diubah. Kiddy Kit Edu Play Set ini sememangnya membantu mendatangkan minat anak-anak terhadap buku kerana aktiviti di dalam buku ini begitu menarik sekali.
Arayyan Kids With Goats Milk
Bukan sahaja memfokuskan kepada pembelajaran malah, Arayyan juga Memfokuskan kepada perkembangan minda kanak-kanak. Arayyan Kids Dengan Susu Kambing ternyata memberi kelebihan yang optimum. Makanan tambahan yang direka khas dalam bentuk tablet ini untuk menguatkan otak dan minda kanak-kanak supaya lebih cergas dan cerdas.
Buah-buahan terpilih
Diformulasikan daripada buah-buahan asli terpilih, Arayyan Kids Dengan Susu Kambing mengandungi Buah Delima, Susu Kambing, Kurma, Kismis, Berries, Apricot, Gingko Biloba, DHA, Pennywort, Zaitun yang sesuai bagi perkembangan minda kanak-kanak selain sebagai imun tubuh badan kanak-kanak tehadap penyakit.
Menguatkan Minda Anak-Anak
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Arayyan Kids Global Holdings Sdn Bhd, Abdul Ahmadil Razman, Arayyan Kids Dengan Susu Kambing bukan sahaja menguatkan otak kanak-kanak, malah dengan kandungan campuran mineral, anti oksida, vitamin dan esktrak herba menjadikan membantu menguatkan gigi dan tulang serta sistem saraf.
“Dengan perisa 100% buah delima (pomegranate) dan adunan susu kambing menjadikannya berlemak susu serta berkhasiat untuk tubuh badan kanak-kanak.
“Kita sedar bahawa perkembangan minda kanak-kanak perlu dibantu dengan makanan tambahan yang bukan sahaja memberi rasa lazat, malah khasiatnya terus kepada sistem dalam badan.
“Insya- Allah, dengan izin-Nya, anak-anak lebih fokus terhadap pelajaran, mudah menghafal sekaligus menyegarkan tubuh badan,”
Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya
Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibubapa. Mereka ibarat kain yang putih yang bersih lagi suci. Kecantikan dan keindahan kain itu bergantung kepada ibubapa itu sendiri untuk mencorakkannya. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.
Jika ditakdirkan mereka ini anak yang degil, keras hati, keras kepala dan nakal, janganlah kecewa dan patah semangat dalam menangani masalah ini. Anggaplah ia sebagai satu ujian Allah SWT kepada hambaNya yang dikasihi. Ingat hakikat bahawa Allah SWT uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya untuk menanggung ujian itu. Jadi janganlah sesekali merasa kecewa atau patah semangat.
Kanak-kanak perlu diberitahu sejak di peringkat usia muda untuk mempunyai tabiat yang betul, dalam kehidupan seharian, bersopan santun, menghormati orang tua, menghargai pendapat orang lain dan lain-lain nilai murni kepada mereka. Sebagai ibu bapa, seharusnya kita mencorakkan anak dengan sehabis baik agar mereka menjadi seorang yang mempunyai akhlak yang baik dan bijak kelak. Didikkan sejak awal adalah yang paling berkesan untuk menjadikan anak bijak dan hebat kelak!
Arayyan Kids Dengan Susu Kambing dan Kiddy Kit Edu Play Set juga boleh didapati dengan harga yang berpatutan.
Didatangkan dengan 30 biji tablet @1200mg setiap satu menjadikan Arayyan Kids Dengan Susu Kambing makanan yang lengkap untuk kanak-kanak dan boleh didapati dengan harga RM 79.90 untuk Semenanjung Malaysia dan RM89.90 bagi Sabah dan Sarawak.
Manakala Kiddy Kit Edu Play Set pula boleh didapati dengan harga RM 169.90
Lokasi Syarikat :
Arayyan Kids Global Holdings Sdn Bhd ,
No 73, Jalan Impian Emas 59,
Taman Impian Emas,
81300 Johor Bahru, Johor.
0 KOmen: