Penginapan 2 Hari 1 Malam di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam

7/19/2018 01:18:00 PG Fara Lumière 0 Comments


Shah Alam mempunyai banyak lokasi pelancongan yang boleh dikunjungi. Ada taman tema, pusat membeli-belah, taman rekreasi yang menarik disekitar bandaraya ini. Tak tahu nak menginap hotel mana bila berada di Shah Alam? Kali ini Fara berkesempatan untuk merasai sendiri menginap di Hotel De Art.


Penginapan 2 hari 1 malam di Hotel De Art Seksyen 7, Shah Alam 

Bagi yang mencari penginapan di shah alam, Hotel De Art yang terletak di seksyen 7, Shah Alam, iaitu di pusat bandar Shah Alam merupakan satu pilihan yang bijak. Ini kerana hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Shah Alam dan sangat berdekatan dengan pusat rekreasi seperti Taman Tasik Shah Alam, Wet World Shah Alam, I-city, dan berhampiran dengan pusat membeli-belah seperti SACC, PKNS dan banyak lagi.


Lokasi Hotel De Art yang terletak di tengah bandar merupakan satu kelebihan kerana memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat lain. Sebagai contoh, dari hotel ke pusat membeli belah SACC hanya mengambil masa 15 minit dari hotel tersebut. Untuk ke pusat rekreasi seperti tasik juga sangat berhampiran dengan hotel.

Disambut Baik Oleh Staff Hotel

Tiba sahaja di pintu masuk hotel, kami disambut baik oleh staff yang bertugas. Rona menyejukkan seperti putih, kuning air dan coklat serta kombinasi hiasan vintaj dan moden menyambut ketibaan kami. Penginapan di Hotel De Art Seksyen 7 ini menjanjikan kelainan kerana setiap biliknya dihias dengan inspirasi gaya yang berbeza. Kami memilih untuk mencuba bilik bertemakan "Hello Kitty" memandangkan anak kami 2 orang perempuan yang begitu meminati cartoon tersebut.


Gambar ini merupakan kawasan di sekitar lobi Hotel De Art. Susun atur perabut serta seni bina moden dengan hamparan warna kuning keemasan yang menyuntik elemen mewah serta eksklusif menjadikan Hotel De Art begitu menyerlah berbanding bangunan lain di sekitarnya.


Di sebuah sudut lain, bahagian santai atau ruang menunggu disusun dengan bijak bagi mengisi ruang hallway lobi yang agak sempit. Meskipun menggunakan rona campuran gelap dan cerah, sudut tersebut sedikit pun tidak kelihatan suram lebih-lebih lagi selepas dipadankan dengan wallpaper dinding yang mendamaikan



Bilik Bertemakan Cartoon "Hello Kitty"

Masih terbayang akan bilik hotel yang kami menginap kelmarin begitu selesa sekali. Melangkah sahaja ke dalam bilik sudah dikelilingi oleh cartoon Hello Kitty. Pastinya Anak kami Aimi dan Amira teruja sekali melihat cartoon kegemaran mereka. Dekorasi bilik juga cantik, comel dan simple.


Bilik kami dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin, water heater, seterika, electric jug kettle ada disediakan sebagai kemudahan asas. Susun atur bahagian antara katil dan ruang televisyen juga kemas dan memudahkan pergerakan kami sekeluarga. Tampil dengan kelainan dan menawarkan pengalaman berbeza buat kami sekeluarga bila menginap di bilik hotel yang berkonsepkan cartoon Hello Kitty ini. 


Berhampiran Dengan Kedai Makan Dan Kemudahan Lain

Berhampiran Hotel tersebut terdapat pelbagai restoran yang ada di bawah tempat penginapan kami. Antaranya adalah restoran makanan, Makanan melayu, dan juga western food seperti restoran bistro, restoran hakim, dan sebagainya. Selain daripada itu, di hotel ini juga terdapat farmasi, klinik, convenience store, kedai runcit dan juga bank yang menjadikan kawasan ini lengkap dengan pelbagai kemudahan.


Antara tarikan pelancong berhampiran dengan Hotel De Art Seksyen 7

1. Taman Tema Air Wet World

Taman tema air Wet World Shah Alam di mana kami sekeluarga dapat bermain air sepuas hati. Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti loker untuk menyimpan barang, tak perlulah anda bersusah hati fikirkan keselamatan barang-barang berharga anda. Kemudian, kalau dah penat mandi-manda, mesti terasa lapar kan? Ada beberapa pilihan gerai untuk anda membeli makanan di sini. Walaupun taman tema ini tidak sebesar Sunway Lagoon tapi ia tetap lengkap dengan segala kemudahan seperti pengering rambut, locker, tempat persalinan, gerai makanan dan sebagainya bagi memastikan masa anda disana seronok dan selesa.



2. I-City Shah Alam

Saya percaya ramai tahu i-city merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi bila berada di Shah Alam. Saya juga mengambil kesempatan untuk melihat sendiri keindahan i-city pada waktu malam. Ternyata sangat cantik dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga atau orang tersayang.



Penginapan Hotel Terbaik Dari Hotel De Art Seksyen 7, Shah Alam

Percutian yang singkat menjadi lebih indah bila orang yang tersayang tersenyum lebar tanda puas hati. Ramai yang berpendapat hotel seperti ini sangat mahal, tetapi sebenarnya tidak. Ia mempunyai bilik yang bergaya dengan beberapa rangkaian harga. Dengan tawaran harga penginapan yang berpatutan, tidak hairanlah ia sentiasa penuh dengan pengunjung khususnya pada hari cuti umum, dan musim perayaan

Cak!! Muka adaaa Sinyum 

Berminat Nak Menginap Di Hotel De Art?


Untuk makluman, Hotel ini ada 4 cawangan iaitu di Seksyen 7, Seksyen 19, i-City dan USJ 21. Jika berminat untuk menginap di hotel ini boleh hubungi mereka terus ya.

Hubungi +603 5518 0975

Ini pula alamat  hotel yang terletak di Seksyen 7 :

Jalan Kristal AS7/AS, 
Section 7, 
40000 Shah Alam, 
Selangor, Malaysia.

Waze: Hotel de Art

You Might Also Like

0 KOmen: