Prego buddies - Pasta Menarik Pelbagai Bentuk Untuk Anak-Anak

8/31/2018 01:09:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Prego, pakar hidangan pasta, telah meleraikan pelancaran Prego Buddies iaitu pasta kering berbentuk menarik keluarannya yang pertama untuk kanak-kanak baru baru ini. Apa yang lebih hebat ialah ia boleh disediakan dalam hanya 10 minit.


Prego Buddies Bertemakan Sukan Dan Angkasa

Prego Buddies didatangkan dalam dua varian berbeza iaitu pasta bertemakan bentuk sukan dan angkasa, sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas. Ia diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli serta boleh didapati dalam pek 200g, pada harga runcit yang dicadangkan RM 2.35. Pengenalan pasta untuk kanak-kanak itu ke dalam rangkaian produk sos pasta dan pasta kering Prego bakal memenuhi kehendak serta citarasa pengguna yang lebih luas.


Prego telah memenuhi citarasa keluarga dengan menawarkan pelbagai jenis sos pasta dan pasta kering. Prego kini teruja untuk mengembangkan lagi rangkaian pasta kering keluarannya dengan memperkenalkan Prego Buddies, khas untuk si cilik yang menggemari pasta serta bagi memenuhi keinginan para ibu untuk menjadikan masa makan anak-anak mereka sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan.

10 Minit Sahaja Waktu Penyedian Prego Buddies

Kebanyakan ibu bersetuju bahawa anak-anak mereka cerewet dalam memilih makanan dan tidak mahu masa bermain mereka diganggu ketika makan. Dengan adanya Prego Buddies, para ibu hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk menyediakan beraneka jenis hidangan pasta dengan penuh kasih sayang dan boleh disediakan pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan sos pasta Prego atau menambah beberapa ramuan tambahan, memastikan si cilik sentiasa gembira.

Khasiat Sayuran Ada Dalam Prego Buddies

Para ibu dapat menyediakan hidangan yang mengandungi khasiat sayuran dan menjadikan masa makan mereka lebih menyeronokkan. Prego turut membantu para ibu agar lebih kreatif dalam menyediakan hidangan bertemakan barat atau tempatan untuk si cilik dengan resipi hidangan pasta menggunakan Prego Buddies serta beraneka pilihan sos pasta Prego


Artis Terkenal  Meraikan Majlis Perlancaran Prego Buddies

Turut hadir pada majlis pelancaran yang diadakan di Sunway Pyramid itu ialah selebriti serta pelakon wanita terkenal, Scha Alyahya dan anaknya Lara Alana; pengacara radio dan TV, Gan Mei Yan dan anaknya Jo; tukang masak cilik, Danish Harraz; maskot Prego Buddies, Buddies dan watak siri animasi popular Malaysia, BoBoiBoy.


Pada majlis itu, Danish Harraz yang baru berusia sebelas tahun turut mempamerkan bakatnya dalam bidang masakan dengan menyediakan salah satu daripada dua resipi ciptaannya yang menggunakan Prego Buddies dan sos pasta Prego. Apa yang pasti, hidangan Buddies Ayam Keju hasil air tangannya itu telah mendapat sambutan hangat dari kalangan para selebriti serta media yang dijemput ke majlis berkenaan.


Resipi Ciptaan Danish

Para penggemar pasta boleh mendapatkan resipi istimewa hasil ciptaan Danish iaitu – Buddies Ayam Keju dan Cucur Ayam Buddies di www.pregobuddies.com. Para ibu dan anak-anak boleh mendapatkan inspirasi untuk mencipta resipi mereka sendiri di laman sesawang berkenaan sementara anak-anak menerokai aktiviti menyeronokkan bersama-sama dengan Buddies.

Dapatkan Prego Buddies Di : 

Semua produk tersebut boleh didapati dengan mudah di seluruh negara. Dapatkan beraneka resepi yang mudah serta enak untuk disediakan di www.pregobuddies.com



You Might Also Like

0 KOmen: