Mainkan Peranan Anda; Jadilah Pengguna Bijak

9/05/2018 01:32:00 PTG Fara Lumière 0 Comments




Bagaimana anda boleh menjadi Pengguna Yang Bijak? Sebagai seorang pengguna dan ibu, saya sentiasa melatih diri menjadi seorang Pengguna Bijak. Apakah ciri-ciri seorang Pengguna Bijak? Contoh paling mudah yang saya amalkan :

1. Sediakan senarai membeli-belah

Pernahkah anda berbelanja lebih daripada yang diperlukan? Untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku, sediakan senarai membeli-belah anda. Ini akan mengurangkan pembelian barangan yang tidak mustahak. Ia akan membantu menjimatkan wang anda. Mudah, kan?

2. Bandingkan harga.

Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda idamkan, tetapi mendapat tahu yang barang itu dijual pada harga yang lebih rendah di kedai yang lain? Anggap aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti tawar-menawar. Bandingkan harga barangan dari beberapa kedai sebelum membuat keputusan untuk membeli.


3. Kualiti atau harga murah?

Harga memang penting tetapi anda tidak seharusnya mengabaikan kualiti barangan yang dibeli sungguhpun ia lebih murah. Sekiranya anda membeli beg berjenama tiruan, ini bermakna anda telah membeli produk yang tidak berkualiti.

4. Pilihlah harga murah

Belilah dari peniaga yang menawarkan harga yang lebih rendah untuk barangan yang anda ingin beli. Segolongan peniaga membeli barangan mereka secara borong, untuk menawarkan harga yang lebih rendah kepada pengguna.


Kalau Untuk insurans Motor Macam Mana Pula?

Sama juga. Untuk pilih insurans ni, saya bukan ikut bulat-bulat apa yang ejen propose. Tapi saya pilih berdasarkan apa yang diperlukan. Ejen propose ikut pelan ‘standard’ syarikat, tapi kita kenalah match keperluan kita sendiri.

Baru -baru ini Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA) memperkenalkan platform kepada orang ramai untuk memudahkan kita pilih insurans/takaful motor. Dari sini, pengguna boleh pilih dengan bijak serta membuat perbandingan harga sebelum membeli insurans.

Dalam website Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysia Takaful Association (MTA) ada menyediakan maklumat penting kepada anda mengenai perlindungan insurans/takaful motor secara langsung dengan syarikat insurans/takaful. Di sini, kita dapat bandingkan harga dari syarikat insurans/takaful berlainan dan siap boleh minta quotation harga.

Jadi, mainkan peranan anda dan jadilah pengguna yang bijak memilih. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang berikut :

http://www.malaysiantakaful.com.my/Phased-Liberalisation/Motor-Product-Selector.aspx
#PlayYourRole



You Might Also Like

0 KOmen: