Susu Fernleaf 100% Mmmmm Segar!

10/12/2018 11:02:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Susu mengandungi kandungan kalsium serta pelbagai lagi nutrisi penting untuk tubuh yang perlu diambil dengan secukupnya. Kebaikan susu untuk kesihatan badan menjadikan tubuh badan sentiasa sihat dan kekal bertenaga setiap hari. Zaman ini, banyak jenis susu terdapat di pasaran yang boleh dipilih mengikut kesesuaian masing-masing.

Susu 100% Segar Dari New Zealand



Kesukaan Fara, susu Fernleaf yang diperbuat dengan 100% susu segar dari New Zealand. Fara pasti, semua tahu susu lembu yang diimport dari negara New Zealand adalah yang terbaik kerana disana mereka mengusahakan ladang secara semulajadi iaitu memberi kebebasan kepada lembu untuk meragut dipadang rumput yang segar.


Pelbagai Manfaat Ada Dalam Susu Fernleaf


Lembu-lembu di New Zealand dibiarkan secara bebas untuk meragut rumput. Selain itu, jenis rumput yang diberi untuk ternakan disana merupakan rumput yang berkualiti tinggi. Oleh itu, lebih mudah untuk lembu-lembu mereka menghasilkan susu yang berkualiti dan berkhasiat. Susu yang dihasilkan juga mempunyai sumber makanan semulajadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga Vitamin D


3 Perasa Sedap Pasti Memikat!

Image result for susu fernleaf

Jika anda bukan penggemar susu putih full cream fernleaf, cuba cari penyelesaian untuk kekal sihat dengan pelbagai nutrisi yang terdapat di dalamnya. Anda boleh mencuba susu fernleaf perisa coklat atau low fat yang mana setiap perisa ini mempunyai khasiatnya tersendiri. Fara telah mencuba ketiga-tiga perisa ini dan yang paling Fara sukai pastinya perisa coklat! Anak-anak Fara turut menyukai perisa coklat dari Fernleaf sebab rasanya yang pekat dan Mmmmm sedap memikat!

Boleh Dapatkan Susu Fernleaf di Pasaraya Berhampiran

Bagi anda yang ingin mencuba susu Fernleaf ni, boleh beli di semua pasaraya berhampiran seperti Tesco, Giant, 99 Speedmart, dan pasaran lain. 



You Might Also Like

0 KOmen: