PLUS Jalin Kerjasama Dengan 10 Jenama Besar Di R&R
Kawasan Rehat dan Rawat atau lebih dikenali sebagai R&R dilengkapi dengan kemudahan untuk pengguna lebuh raya. R&R sentiasa dinaiktaraf dengan tumpuan khusus memberi keselesaan buat pengunjung. Kemudahan ini dijaga dengan baik untuk memastikan setiap pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebuh raya yang selesa dan lebih selamat.
10 Oktober 2018, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah memeterai perjanjian bersama 10 jenama utama makanan dan minuman iaitu Starbucks, Krispy Kreme, Harold's Bread, Mohd Chan, Famous Amos, A&W, Dunkin Donuts, MyNews, Kenny Rogers dan Line Clear.
Pelbagai variasi dan pilihan makanan dan minuman bakal ada di R&R nanti. Transformasi yang dibuat oleh PLUS dengan menjalinkan kerjasama antara 10 jenama besar tersebut merupakan satu langkah terbaik untuk merevolusikan kawasan rehat R&R demi memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan yang sentiasa berubah.
Penambahbaikan Dan Menaiktaraf Kawasan Rehat R&R
Selain menjalinkan kerjasama dengan 10 jenama besar tersebut, PLUS turut mengadakan penambahbaikan dan menaiktaraf beberapa kawasan rehat terpilih. Penambahbaikan yang telah dilaksanakan seperti di R&R (Arah Utara) dimana kawasan rehat tersebut telah menjalani pengubahsuaian rekaan dalaman berkonsepkan minimalis.
Penambahbaikan ini juga turut dijalankan di R&R Machap (Arah Selatan), Gelang Patah (Arah Selatan) dan Restoran Jejantas Sungai Buluh. R&R Seremban (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah Bukti Gantang (Arah Selatan) juga akan dinaiktaraf dari segi pembinaan infrastruktur dengan konsep, rekaan dan tema yang baharu.
Berita baiknya lagi, PLUS telah memperkenalkan projek perintis pembayaran tanpa tunai menerusi aplikasi BOOST di R&R Ayer Keroh (Arah Selatan) Serta pembayaran tanpa sentuh menerusi VISA PAYWAVE di R&R Dengkil (Arah Utara) baru-baru ini. Pengguna lebuh raya boleh menikmati persinggahan yang lebih selesa dan mudah sekarang.
Boleh Buat Pembayaran Tanpa Tunai Di R&R
Berita baiknya lagi, PLUS telah memperkenalkan projek perintis pembayaran tanpa tunai menerusi aplikasi BOOST di R&R Ayer Keroh (Arah Selatan) Serta pembayaran tanpa sentuh menerusi VISA PAYWAVE di R&R Dengkil (Arah Utara) baru-baru ini. Pengguna lebuh raya boleh menikmati persinggahan yang lebih selesa dan mudah sekarang.
0 KOmen: