Destinasi POPULAR Dan MENARIK Di Port Dickson

11/21/2018 09:51:00 PG Fara Lumière 0 Comments


Sebut je Port Dickson mesti ramai dah terbayang dengan pantai bewarna biru disini. Tempat yang paling menarik untuk santai bersama tersayang sambil melupakan urusan kerja dibandar. Permandangan laut yang cukup tenang disini pasti meninggalkan memori indah buat anda yang telah kemari.


Senarai Destinasi Popular dan Menarik di Port Dickson

Kalau singgah ke Port Dickson, inilah tempat yang perlu korang lawati. Jom lihat senarai di bawah :

l. Muzium Tentera Darat, Port Dickson

Takkan lepak pantai je kan? Kami sempat singgah ke Muzium Tentera Darat Port Dickson. Dapatlah tengok kereta tentera yang ada kat situ. Nak masuk dalam muzium tengok pameran anak-anak takut tengok patung-patung besar. Fara pun seram nak masuk! Haha.


 2. Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson

Dulu masa datang time bergelar student, tempat ni biasa sahaja. Sekarang luar biasa! Banyak perubahan dilakukan pada tempat ini. Port terbaik ambil gambar nampak macam kat overseas.



3. Pantai Purnama, Port Dickson

Haa, yang ni tempat lepak yang sesuai untuk orang yang tak suka bersesak sangat macam kat Teluk Kemang. Pantai Purnama lebih tenang dan tersorok sedikit tempat dia.



4. Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Siapa tak kenal Teluk Kemang ni kan? Tempat paling popular kat Port Dickson! Kemudahan yang ada di Teluk Kemang sentiasa menjadi pilihan tak kira pelancong dalam mahupun luar negara. Ada tempat persalinan mandi/toilet, kedai makan, menunggang kuda dan banyak aktiviti pantai boleh buat macam naik bot, banana, dan sebagainya.


Ok, itu sahajalah perkongsian Fara bercuti ke Port Dickson. Dapat penginapan yang terbaik dari Eagle Ranch Resort, dan dapat berjalan-jalan di pantai Port Dickson. Cuti sekolah kalau tiada aktiviti bolehlah ke pantai Port Dickson!



You Might Also Like

0 KOmen: