Percutian 2Hari 1Malam Ke Eagle Ranch Resort Port Dickson

11/20/2018 02:13:00 PTG Fara Lumière 0 Comments


Assalamualaikum.. hai korang!

Percutian 2Hari 1Malam Ke Eagle Ranch Resort Port Dickson | Sesekali tu mesti terasa nak lari sedikit dari bandar dan menikmati keindahan alam semulajadi kan? Port Dickson menjadi pilihan Fara kali ini. Kenapa Port Dickson? Sebab, disinilah tempat pertama Fara merantau menjadi seorang student "Politeknik Port Dickson". First time jauh dengan family sebab dapat sambung belajar..hehe.. Itu cerita 7 tahun yang lepas...

Sebenarnya, rasa nak lepak Eagle Ranch Resort PD sejak ianya viral di Facebook. Bila tengok gambar yang viral di sekitar kawasan ini, Fara dah tertarik. Fara suka dengan konsep yang dibawa oleh resort ini. 

Pintu masuk Eagle Ranch Resort

Dengan menggunakan aplikasi waze, Eagle Ranch Resort sangat mudah dicari. Gambar diatas merupakan pintu masuk resort. Masa Fara nampak Pintu gerbang ni pun dah excited. Sangat tak sabar nak lihat bahagian dalam resort.

Bahagian receptionist

Dah sampai mestilah kena "check in" dulu. Waktu check in pukul 3 tapi Fara tersampai awal dalam pukul 2 macamtu. Alhamdulillah, nasib baik ada bilik yang dah ready untuk kami. Staff Eagle Ranch Resort memang pantas buat kerja. Dapatlah kami sekeluarga berehat sekejap setelah jauh perjalanan. 

Pintu depan bilik kami

Firstly, Fara minta maaf sebab gambar dalam bilik tiada. Ada 2 orang anak ni tak tarkawal bila masing-masing moody. Nak amik gambar dalam bilik pun boleh terlupa. Ok, Fara stay satu malam di bilik "Kampung House".  Keadaan bilik kemas, susunan perabut yang teratur dan cukup luas sekali! Anak-anak siap boleh berlari.

View dari bilik bahagian belakang

Fara pilih bilik kat "Kampung House" sebab suka menghadap pool dan nak tengok Tepee dari jauh. Hehe. By the way, korang boleh tengok gambar bilik kampung house kat website dorg ok! Nak tengok senarai bilik yang ada pun boleh ke website resort.

Parkir kereta 

Tempat parkir kereta? Itu yang paling penting bila bercuti kan? Kalau boleh nak yang paling dekat dengan kawasan bilik. Kat sinilah tempat kami letakkan kenderaan. 2 minit berjalan dah sampai ke bilik kami. Parkir kereta sini pun luas tak perlu berebut.

Sekitar Gambar Di Eagle Ranch Resort : 






Jauh tak dengan Teluk Kemang, Port Dickson? 

Dari Eagle Ranch Resort ke Teluk Kemang hanya mengambil masa dalam 15 hingga 20 minit. Ambil angin laut memang terbaiklah. Hilang rasa stress! Di Teluk Kemang banyak kemudahan macam bilik mandi/toilet, kedai makan, khemah dan byk lagi sesuai untuk korang yang nak lebih selesa.


Tapi, Fara lepak di Pantai Purnama, Port Dickson sebab lebih tenang, redup dan tak ramai orang. Nak rehat pun tiada gangguan. Cuma kekurangan disini tiada tempat persalinan kalau nak tukar baju. Kedai makan ada. Jangan risau.

Destinasi menarik di Port Dickson?

1. Muzim Tentera Darat, Port Dickson

Takkan lepak pantai je kan? Kami sempat singgah ke Muzium Tentera Darat Port Dickson. Dapatlah tengok kereta tentera yang ada kat situ. Nak masuk dalam muzium tengok pameran anak-anak takut tengok patung-patung besar. Fara pun seram nak masuk! Haha.



 2. Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson

Dulu masa datang time bergelar student, tempat ni biasa sahaja. Sekarang luar biasa! Banyak perubahan dilakukan pada tempat ini. Port terbaik ambil gambar nampak macam kat overseas.



3. Pantai Purnama, Port Dickson

Haa, yang ni tempat lepak yang sesuai untuk orang yang tak suka bersesak sangat macam kat Teluk Kemang. Pantai Purnama lebih tenang dan tersorok sedikit tempat dia.



4. Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Siapa tak kenal Teluk Kemang ni kan? Tempat paling popular kat Port Dickson! Kemudahan yang ada di Teluk Kemang sentiasa menjadi pilihan tak kira pelancong dalam mahupun luar negara. Ada tempat persalinan mandi/toilet, kedai makan, menunggang kuda dan banyak aktiviti pantai boleh buat macam naik bot, banana, dan sebagainya.


Ok, itu sahajalah perkongsian Fara bercuti ke Port Dickson. Dapat penginapan yang terbaik dari Eagle Ranch Resort, dan dapat berjalan-jalan di pantai Port Dickson. 

Buat yang tertanya berapa harga satu malam menginap di Eagle Ranch Resort, sila lihat sini :

Nama bilik : Kampung house
Harga 1 malam : RM285
Deposit : RM100 (akan dipulangkan waktu checkout)
Waktu check in : 3.00pm
Waktu Check out : 12.00pm

Atau terus ke laman Web Eagle Ranch Resort untuk maklumat lanjut mengenai senarai harga dan bilik


Ohh ya! Sedikit tambahan.. di website mereka menggunakan akaun paypal untuk membuat Tempahan atau booking. Kalau korang tak de akaun PayPal boleh Terus hubungi pihak mereka di Talian ini : +60 6-661 0495


Pastikan korang telefon dahulu untuk sebarang tempahan atau booking okay!




You Might Also Like

0 KOmen: