BB Cushion Terbaik Menutup Segala Masalah Kulit Muka Dan Nampak Glowing | MERIBELLE

1/25/2019 11:05:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Cushion foundation yang digunakan sebagai bahan asas solekan. Jika korang tidak suka menggunakan liquid foundation, korang boleh mencuba yang dilengkapi dengan span (cushion) untuk menyapu produk ke muka secara menyeluruh. Sekarang ni dah bermacam jenis cushion ada di pasaran. Kali ini Fara nak share cushion yang Fara guna iaitu dari Meribelle. 


Meribelle - Perfect Cover Miracle Cushion

Meribelle merupakan Cushion yang mengandungi 4 bahan asas seperti Foundation, moisturizer, sunblock dan juga concealer yang berfungsi untuk menutup cela di wajah dengan ciri litupan menyeluruh (high coverage) serta memiliki elemen penjagaan wajah (skincare) yang membantu merawat masalah kulit korang. Meribelle Cushion kini telah menjadi kegilaan wanita seluruh Malaysia kerana ia mampu memberikan litupan cela dengan paras semulajadi (natural looking effect) serta memberikan effect glowing dengan pantas.


Meribelle Cushion ini juga memiliki SPF50 dan mampu mengawal pembentukan minyak di wajah sehingga 12 jam lama. Dirumus khusus untuk kulit wajah Asia, produk Meribelle Cushion ini adalah sesuai untuk kegunaan para wanita tidak kira usia!

Inilah Sebab Mengapa Meribelle Cushion Menjadi Pilihan

1. Wajah Berminyak? Meribelle Cushion Penyelesaianya

Jika korang memiliki kulit wajah jenis berminyak, barangkali produk Meribelle Cushion sesuai untuk korang. Meribelle Cushion ini memiliki sistem kawalan minyak yang mampu memberi effect glowing serta merta pada wajah dan mengekalkan hidrasi pada lapisan bawah kulit. Tambah menarik, produk ini juga mampu mencerah dan membuat wajah tampak licin tanpa cela.

2. Tekstur yang tidak melekit

Disamping mengawal pembentukan minyak dan melembabkan wajah. Produk ini juga mampu mengawal sebum, manakala teksturnya juga tidak melekit dan melitupi permukaan kulit wajah dengan lapisan yang licin dan rata.

3. Mengandungi SPF 50+ / PA+++

Dengan tekstur yang ringan dan mudah untuk dioles, Meribelle memiliki SPF50+/PA+++ untuk perlindungan dari sinaran cahaya matahari yang telah diuji dan terbukti mampu bertahan pada kulit wajah selama 24 jam. Jadi korang tidak perlu memakai krim pelindung matahari (sunscreen) jika ingin keluar bersantai bersama rakan-rakan. Selain itu, korang juga tidak perlu menyapu bedak asas kerana cushion ini akan membuatkan wajah anda kelihatan segar dan natural

Image result for meribelle"

4. Terbaik untuk mengurangkan cela dan parut diwajah serta mengawal minyak

Meribelle Cushion membantu meratakan warna kulit, mengurangkan kesan cela dan parut serta mengawal minyak pada wajah. Sejurus memakai Meribelle ke wajah, muka korang terus tampak lebih cerah dalam hanya beberapa minit sahaja. Meribelle memang terbaik dan mampu untuk menghilangkan bintik hitam atau tona kulit yang tidak sekata serta membantu kulit wajah anda menjadi lebih cerah dan berseri.

5. Sesuai untuk wanita Asia

Meribelle Cushion ini boleh disesuaikan untuk semua jenis dan tona kulit terutamanya wanita Asia, tanpa nampak kusam. Hanya satu sapuan sahaja, cushion ini akan membuatkan wajah anda tampil glowing dan segar secara semulajadi.

Nak tengok Fara pakai? Lihat perbezaan sebelum dan selepas penggunaan Meribelle di bawah :


Dapatkan Produk Rangkaian Meribelle di bawah :



You Might Also Like

0 KOmen: