Beli AisKrim Malaysia Murah dan Sedap di Puchong

1/18/2019 03:42:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum.. hi korang!

Bila hari terakhir korang beli aiskrim Malaysia? Kalau dulu senang sangat nak jumpa orang jual aiskrim Malaysia ni kan. Perasan tak sekarang agak susah nak jumpa peniaga yang menjual aiskrim Malaysia? Maybe disebabkan persaingan aiskrim brand popular yang ada kat pasaran buat aiskrim Malaysia tenggelam dan dilupakan.


Sebenarnya, masih ramai yang menjual aiskrim Malaysia ni cuma susah nak cari. So hari ini, Fara nk share kat korang yang tengah mencari tempahan AisKrim Malaysia tu cuba Aiskrim Malaysia yang dibuat oleh Puan Maziah.

Menerima Tempahan AisKrim Malaysia Murah Di Puchong

Puan Maziah merupakan seorang rakan yang Fara kenal. Fara begitu tertarik dengan kepelbagaian perisa aiskrim Malaysia yang dibuat oleh sis Maziah kerana begitu menyelerakan! Sis Maziah menerima tempahan aiskrim Malaysia terutama untuk warga Puchong dan sekitarnya.


Lebih 10 Jenis Aiskrim Ditawarkan

Seingat Fara, zaman kecil-kecil dulu tak banyak perisa ada jual. Paling laku keras aiskrim milo dan asam boi. Dapat makan aiskrim waktu cuaca panas memang terasa nikmatnya!


Nak cari aiskrim pelbagai perisa memang Fara recommend beli kat sis Maziah sebab lebih 10 jenis perisa aiskrim ada! Ya! Hampir semua perisa aiskrim popular ada kat sini. Paling Fara terliur perisa aiskrim oreo! Fara peminat tegar oreo! Hehe

Senarai Harga Dan Perisa Aiskrim Malaysia oleh Sis Maz

Ok, mesti nak tahu harga dan perisa aiskrim sis Maz ni kan? Lihat senarai di bawah :

*AISKRIM MALAYSIA PUCHONG*

Rm0.50 sebatang
🍦Sarsi 
🍦Sirap 
🍦Anggur
🍦Bandung 
🍦Jagung
🍦Milo
🍦Tembikai Susu
🍦Asam Boi

RM 0.80 sebatang
🍦Cornetto( choki & kacang)
🍦Green Tea Thai
🍦Choki²
🍦Oreo
🍦Nabati Cheese
🍦Bluemint Dynamite

Rm 1.00 sebatang
🍦Pelangi@paddlepop

Boleh cmpur2 perisa..



Menerima tempahan AisKrim Malaysia Untuk Semua Majlis Seperti Hari Jadi, kenduri dan lain-lain

Dulu sis Maz berniaga untuk suka-suka dapat duit poket. Siapa sangka terus jadi serius dalam perniagaan. Disebabkan permintaan yang tinggi sis Maz telah membuka order untuk semua jenis majlis seperi hari jadi, aqiqah, event sekolah, dan lain-lain. Tempahan pula perlulah diberitahu awal untuk sis Maz menyediakan bahan.


Macam gambar kat atas ni sis Maz menghantar tempahan aiskrim yang ditempah oleh kedai runcit di Puchong sana. Kepada peniaga Kedai runcit yang nak letak aiskrim Malaysia kat kedai boleh la cuba aiskrim Malaysia sis Mas. Dijamin sedap dan laku keras!

Boleh COD Aiskrim Malaysia


Korang yang duduk berhampiran Puchong boleh la self pickup aiskrim kat rumah sis Maz. Kalau nak cod pon boleh tapi akan ada caj untuk penghantaran ya. Untuk harga caj penghantaran dan tempat cod korang boleh whatsapp terus sis Maz.

Nak Beli Aiskrim Malaysia? Hubungi Sis Maz sekarang!



Untuk maklumat lanjut mengenai Aiskrim atau tempahan korang terus whatsapp sis Maziah ok!

Whatsapphttp://www.wasap.my/60148433460



You Might Also Like

0 KOmen: