Pelembap Muka Terbaik Memulihkan Kesan Sunburn dan Kulit Sensitif | Aqua Whitening Cream
Assalamualaikum.. hi korang!
Pasti korang mempunyai pilihan pelembap kesukaan dari jenama yang popular di pasaran kan? Biasanya korang cari pelembap yang macam mana? Sebelum tu, tahukah korang kepentingan pelembap ini sebenarnya? Krim pelembap amat penting dalam rutin penjagaan kulit harian agar kulit kekal lembap dan segar, terlindung dari sinaran UV serta kekal berkhasiat dengan nutrisi. Ia juga dapat mencegah tanda-tanda penuaan dan rekahan kulit.
Ok, tanpa membuang masa.... Produk pelembap atau moisturizer yang Fara nak share adalah dari HANSAEGEE NATURE iaitu AQUA WHITENING CREAM. Aqua Whitening Cream sememangnya jenama yang dikenali ramai dengan kepantasan krim pelembap yang berkesan untuk melembapkan sekaligus memutihkan kulit. Untuk maklumat, produk ini adalah 100% dari Korea.
Aqua Whitening Cream Bersifat Water Drop
Tekstur Aqua Whitening Cream bersifat WATER DROP, tidak melekit dan sesuai untuk penggunaan harian. Cara guna pun sangat mudah. ambil sedikit cream kemudian sapukan dimuka dengan gerakan membulat. Lakukan gerakan membulat sehingga keluar titisan air kemudian dap dap muka hingga cream meresap kedalam kulit.
Selain itu, Aqua Whitening Cream ni boleh dipakai pada waktu siang dan malam, malah boleh juga dipakai sebelum memakai makeup. Makeup jadi lebih tahan lama dan nampak lebih glowing. Memang multifunction produk ni! Berbaloi Fara beli.
Aqua Whitening Cream Terbaik memulihkan kesan Sun Burn dan kulit sensitif
Disebabkan Fara kerap berjemur di pantai, Kulit Fara mudah kena sun burn dan akan menyebabkan berlakunya kemerahan dengan cepat. Bila terjadi sun burn mulalah timbul masalah lain seperti kering dan mengelupas. Nak baik memang ambil masa yang lama. Terasa gatal dan mengelupas di bahagian pipi membuatkan rasa tidak selesa apatah lagi bila nak pakai makeup jadi kurang glowing.
applykan Aqua Whitening Cream keseluruh muka |
Bahan yang ada pada Aqua Whitening Cream seperti Camellia Japonica Seed Oil dan Niacinamide yang terkandung dalam produk sangat bagus untuk meningkatkan ketahanan kulit daripada sebarang kerosakan alam sekitar, sekaligus menjadikan kulit kita kelihatan bercahaya, sihat dan muda.
done! muka nampak segar dan lembap! |
Untuk kulit yang terdedah pada sinar matahari, Aqua Whitening Cream ini sesuai untuk Fara kerana ianya mengembalikan keseimbangan kulit agar kekal terhidrat. Aqua Whitening Cream ringan dan bebas daripada paraben, minyak mineral dan warna tiruan. Aqua Whitening Cream dapat membantu untuk memberi kelegaan pada kulit beriritasi dan gatal. Ianya juga dapat melindungi kulit wajah kita dari radikal bebas dan tona kulit akan menjadi lebih sekata. Alhamdulillah agak serasi dengan Fara.
Bahan Utama Aqua Whitening Cream
1. Camellia Japonica Seed Oil
2. Niacinamide
Niacinamide merupakan salah satu bentuk dari vitamin B3 yang mana ianya sangat bagus untuk mengekalkan kelembapan wajah. Niacinamide sering dimanfaatkan sebagai bahan aktif untuk produk perawatan wajah. Fungsinya sangat banyak, yakni:
- Meningkatkan kelembaban
- Mencerahkan wajah
- Menghilangkan bintik hitam di wajah
- Mengawal lebihan minyak di wajah
- Mengatasi masalah jerawat
- Mencegah tanda-tanda penuaan
Untuk Matlumat Lanjut :
Alhamdulillah, Aqua Whitening Cream serasi dengan kulit muka Fara. Suka bila ianya dapat mengekalkan kelembapan wajah disamping sekaligus merawat masalah sunburn, tona tak sekata, dan jerawat yang Fara hadapi. Oh ya, produk ini merupakan 100% dari Korea so hanya boleh didapati di website HANSAEGEE NATURE sahaja ya.
Boleh Dapatkan Aqua Whitening Cream Di :
Company name: Hansaegee Nature
Company name: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
0 KOmen: