Set Penjagaan Bayi Yang Selamat Dan Bagus | Asmak Baby Care
Assalamualaikum..
Majoriti ibu sentiasa mahukan produk penjagaan bayi yang selamat, lembut dan menyenangkan. Walaupun ada yang beranggapan mandian dan syampu hanya untuk membersihkan kulit dan rambut bayi, perlu diketahui penggunaan produk yang salah boleh mempengaruhi kesihatan tubuh si comel, secara keseluruhan.
Asmak Baby Care Dirumus Khas Untuk Bayi
Terdapat beberapa jenama barangan penjagaan diri bayi yang dihasilkan daripada sumber bahan semulajadi serta tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Buat pilihan yang tepat dalam membeli syampu, sabun, losyen, krim bayi, dan pelbagai lagi barangan penjagaan diri bayi. Untuk produk penjagaan bayi fara pilih produk keluaran tempatan iaitu dari Asmak Baby Care
Kotak eksklusif dari Asmak Baby Care |
Kenapa Fara Pilih Set Lengkap Asmak Baby Care?
Untuk penjagaan anak, mestilah kita sebagai ibu inginkan yang terbaik dan produk yang selamat. Oleh itu, faktor utama fara pilih set lengkap Asmak Baby Care adalah disebabkan kesemua produknya mempunyai kandungan bahan yang terbaik pada anak.
Tak tahu nak pilih produk bayi? Ok, sebenarnya senang je nak pilih. Kita hanya perlu baca kandungan, bahan dan ramuan dalam produk yang mahu dibeli itu. Apa perlu diketahui ialah produk tersebut mestilah kurang menggunakan bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah ruam, kegatalan dan alergik ke atas bayi, terutama si kecil yang ada masalah kulit seperti ekzema. Pilihlah mengikut label dan kandungan setiap produk.
Dalam Kotak Eksklusif Asmak Baby Care Ada 6 Produk Semuanya
Di dalam kotak eksklusif Asmak Baby Care ada 6 jenis produk. Bagi Fara set lengkap ni sangat menjimatkan serta memudahkan. Antara produk bayi yang ada adalah seperti Powder, Essential Oil, Mandian Top to toe, Lotion, dan juga minyak rambut.
1. Asmak Baby Care Powder
Jarang sangat tak letak bedak kepada bayi sebab kegunaanya bukan sahaja bayi nampak lebih comel dan baunya yang wangi. Bedak powder dari Asmak ni menjadikan kulit anak Fara sentiasa kering dan mampu mengelakkan keradangan kulit dan ruam. Ini akan menjadikan anak lebih selesa, nak pula cuaca negara kita sememangnya panas dan menjadikan badan cepat berpeluh. Jadi bedak dari Asmak jalan penyelesaiannya.
2. Asmak Baby Care Essential Oil
Manfaat essential oil memang tidak disangkal. Dengan hanya beberapa titisan saja sudah membawa kelebihan pada fizikal dan psikologi si kecil. Sama juga seperti Essential Oil dari Asmak ni. Essentil Oil ini memberikan efek anak lebih tenang dan selesa.
3. Asmak Baby Care Baby Wash ( Top to toe )
Formulasi Asmak Baby Care Baby Wash adalah bebas paraben, silikon, SLS, SLES, pewarna, linolin dan dari segala macam bahan yang boleh mengancam kesihatan bayi. Alhamdulillah sepanjang memandian anak tiada sebarang reaksi atau kesan sampingan padanya. Mandian ini boleh digunakan dari rambut hingga ke kaki. Ia menggantikan fungsi sabun untuk menghilangkan kotoran di tubuh dan membersihkan rambut serta kulit kepala secara efektif. Sangat menjimatkan!
4. Asmak Baby Care Lotion
Penggunaan lotion terpulang pada kita sama ada ingin memberikan atau tidak. Rasanya semua dah tahu kelebihan lotion. Kegunaan dan kelebihan lotion adalah dari segi melembapkan kulit dari terjadinya kering. Macam Fara pakaikan sedikit sahaja pada kulit anak sudah memadai
5. Asmak Sevenis Hair Oil 7 dalam 1
Sevenis Hair Oil dari Asmak diperbuat dari 7 jenis MINYAK BERKUALITI TINGGI. Membantu menjadikan rambut lebih sihat,kuat,mengelakkan dari gugur,kegatalan dan rambut jadi lebih bersinar. 7 bahan tersebut adalah :
- Light Mineral Oil
- Tea Tree Oil
- Babassu Oil
- Virgin Coconut oil
- Castor Oil
- Olive Oil
- Argan Oil
Kesemua set lengkap ini inshaAllah selamat digunakan. Kulit anak fara tidak memberikan kesan sampingan sepanjang penggunaan. Rasanya inilah produk rangkaian terbaik yang sesuai untuk anak-anak..
Hotline : 019-9708897
0 KOmen: