3 Langkah Mudah Dapatkan Muka Glowing Dan Berseri Sepanjang Hari | BUSYBODY

3/12/2019 11:01:00 PG Fara Lumière 0 Comments


Assalamualaikum... hi!

Memiliki muka bebas dari jerawat, jeragat, kusam, kering adalah impian setiap wanita. Kali ini nak share kelebihan produk dari brand BUSYBODY.  Rangkaian produk BUSYBODY menawarkan rawatan untuk masalah jerawat serta produk penjagaan kulit, untuk kulit yang kelihatan sihat, bersih dan berseri. 3 produk yang Fara cuba dan ingin kongsikan kepada anda adalah cleanser, Ampoule, dan juga glowing mask.


3 Langkah Mudah Dapatkan Muka Glowing Dan Berseri Sepanjang Hari | BUSYBODY

Percaya tak dengan 3 langkah mudah ni sahaja dah boleh dapatkan kulit muka glowing dan berseri sepanjang hari? Untuk makluman, 3 produk dibawah dipilih mengikut masalah kulit Fara iaitu kering dan kusam.


1. BusyBody - Gentle Hydrating Gel Cleanser

Gentle Hydrating Gel Cleanser dari BusyBody adalah Pencuci muka untuk keperluan harian yang sempurna untuk membersihkan muka dan berkesan dalam menghilangkan kotoran dan minyak serta mengekalkan kelembapan yang secukupnya kepada kulit.

Pencuci muka Gentle Hydrating Gel Cleanser dari BusyBody ini mengandungi kandungan bahan yang dapat membantu menghidratkan kulit secara mendalam dan meningkatkan tahap kelembapan agar kulit lembap sepanjang hari.


Ia memberi rasa yang menakjubkan kerana mampu memperbaiki liang-liang pori yang tesumbat untuk kulit kelihatan licin halus. Kulit tiada masalah kemerah- merahan apabila memakai pencuci muka ini. Formulanya lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. 

Secara tidak langsung Ia juga berkesan dalam mengeluarkan minyak yang berlebihan dan meninggalkan kulit berasa lebih lembut, segar dan lembap. 


2. BusyBody - Mulberry Whitening Ampoule Formulated in France

Pemakaian ampoule sememangnya sangat bagus untuk kulit muka. Perbezaan Ampoule dan serum adalah berbeza. Ampoule cair sedikit daripada serum dan serum pula mempunyai tekstur sedikit likat/melekit.

Kalau dulu Ampoule hanya ada di Spa, tapi kini boleh didapati pada produk BUSYBODY. Ampoule baik untuk meningkatkan proses regenerasi kulit, membuang sel-sel kulit mati, mencerahkan kulit serta menjadikan kulit muka lebih halus, lembut dan banyak lagi.



Di datangkan dalam kotak khas yang ada 4 botol ampoule didalamnya, Ampoule jenama BusyBody iaitu Mulberry Whitening Ampoule ini dapat memberikan pelembapan berpanjangan, meningkatkan sistem imunisasi kulit, memperbaiki kulit bermasalah serta melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinaran UV. Dengan kandungan Mulberry, kulit tidak kelihatan kasar, kering, merekah dan kemerahan.


Ampoule ini juga berkesan untuk menutup cela pada kulit wajah seperti parut, jerawat, sunburn  serta menghalang daripada liang pori tersumbat. Ianya juga dapat menghapuskan garis-garis halus dan mengembalikan keremajaan kulit wajah anda. Sesuai untuk semua jenis kulit. Mulberry Whitening Ampoule ini mudah meresap ke dalam kulit dan terasa ringan apabila dipakai.

3. BusyBody - Botanical Placenta Glowing Mask

Masker BusyBody iaitu Botanical Placenta Glowing Mask memiliki manfaat yang sangat bagus untuk wajah. Antaranya, untuk menyegarkan, meremajakan serta mencerahkan kulit wajah! Penggunaan masker secara rutin dapat memberikan banyak manfaat buat kulit wajah.



Botanical Placenta Glowing Mask perlu dibancuh menggunakan air sejuk atau air tapis sebanyak 40g dan dikacau sehingga sebati. Hanya mengambil masa selama 15 minit atau lebih untuk kering keseluruhannya. Untuk dapat kesan yang lebih OPTIMUM, perlu pakai mask ni 4 hari berturut-turut. Menggunakan masker wajah ini dapat membantu sel-sel kulit mati dan menegangkan kulit.


first time Fara pakai mask jenis bancuh so kurang jadi masker nya. sorry!

tak tipu serius lembut muka lepas pakai mask ni!

Fungsi utama Botanical Placenta Glowing Mask pertamanya adalah untuk menegangkan kulit, menutup liang pori, melembapkan kulit wajah, menganjalkan kulit dan memutihkan. Kulit lebih licin, tegang dan lembut selepas pemakaiannya.

Kelebihan Botanical Placenta Glowing Mask

- Membantu memudarkan parut & mengurangi kedutan halus
- Menjadikan wajah lebih glowing & brightening.
- Mengecilkan liang2 pori.
- Membaiki sel2 kulit.
- Merawat kulit sunburn.


Cara guna :

Bancuh secukupnya powder mask dengan air. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Sedang-sedang saja. Kemudian sapu pada seluruh wajah. Biar kering dalam 20 minit kmudian tarik buang. Bilas sisa-sisa mask dengan air bersih. Amalkan 2x seminggu untuk hasil yang baik.

6 sachet / box.
1 sachet boleh dibancuh untuk 3-4x pakai.

Boleh dapatkan produk BUSYBODY dengan agent sah dibawah :

Whatsapp http://www.wasap.my/+60133494667 (Sakinah)


You Might Also Like

0 KOmen: