Panduan/Tips Simpan Bekalan Air Semasa Tidak Ada Air

4/22/2019 02:39:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Panduan ini boleh digunakan setelah berusaha menyimpan air yg sepatutnya. 

Image result for bekalan air

1. Wudhu'

Amalkan guna sebotol air mineral shj ketika wudhu' spt yg diajarkan kpd jemaah haji ketika di Mina. Boleh wudhu' 1x shj bg setiap anggota dgn syarat yakin bhw air sampai keanggota wudhu' dgn sempurna. Caranya, air diletak diatas tapak tgn dan diratakan keseluruh anngota wudhu'.

Ketiadaan/kekurangan air dianggap darurat. Maka dibolehkan bg yg tidak ada masalah kesihatan menghimpunkan solat dlm 1 wudhu'. Contoh zohor dgn 'asar. Maghrib dgn isyak. Hanya perlu dijarakkan masanya antara 1jam atau yg mampu.

2. Masak

Sediakan masakan yg boleh disimpan utk hari2 tersebut. Hanya perlu dipanaskan atau ditambah isinya. Menyimpan makanan yg mudah dimasak ketika kekurangan air spt sardin, maggi dan yg sesuai dgnnya.

Jika ayam, ikan dll yg hendak digoreng hendaklah dicuci dan siap dirempahkan sblm disejuk bekukan. Sayur dicuci tanpa dipotong sblm disimpan. Rempah spt bebawang dan cili dicuci sblm disimpan.

3. Makan

Gunakan pinggan yg dilapik dgn plastik/daun. Selesai makan hanya perlu buang plastik dan daun shj. Sudu/garfu juga boleh guna yg pakai buang.

4. Sediakan air kosong yg secukupnya utk minum.

Pastikan bekalan air untuk diminum cukup dan disimpan dengan baik. 

5. Tandas

Perlu ingat kembali pelajaran beristinja' utk menjimatkan air. Jika tidak tahu, maka perlu sediakan air secukupnya utk bersuci kerana ia perkara penting yg melibatkan ibadah solat. Pastikan tidak guna air mustakmal ketika bersuci.

6. Mandi

Berusaha mandi dgn 1 baldi besar air shj. Letak ditempat yg tidak terkena percikan air yg kotor ketika mencuci anggota badan. Cara mandi, basahkan badan, sabunkan dan gosok rata2. Gosok gigi dgn seceduk air. Setelah selesai jiruslah seluruh badan dgn senmpurna.

7. Penjimatan air
Elakkan melakukan kerja-kerja yg guna banyak air dlm tempuh berkenaan. Tumpukan penggunaan air kpd perkara perlu dan jangan sampai menjejaskan ibadah solat. Sekiranya diri kita mampu membiasakannya dgn mengamalkan panduan yg baik, maka dapat mengurangkan bebanan ketika ketiadaan air.



Jangan sesekali mengeluh dgn menyalahkan keadaan. Sebaliknya kita diajarkan supaya beringat bahawa air amat berharga dlm kehidupan.

Sekian. Sedikit pengetahuan yg dpt dikongsikan. Semuga memberi menafaat yg berguna kpd yg membacanya. Aamiin.....







You Might Also Like

0 KOmen: