Buffet Ramadhan 2019 Murah Dan Sedap Di Melaka | Villa Istana Melaka
Assalamualaikum...
Alhamdulillah Ramadhan yang dinanti telah pun tiba. Macam mana persediaan sepanjang nak sambut Ramadhan ini? Harap semuanya berjalan lancar. Dah jumpa buffet Ramadhan best kat Melaka? Kalau belum, Fara nak kongsikan kepada anda Buffet Ramadhan yang paling best dan murah di Melaka iaitu di Villa Istana Melaka
Pelbagai Menu Menarik Ada Di VIlla Istana Melaka
Jangan lepaskan peluang untuk meraikan ketibaan Ramadan dengan penuh semangat dan menggunakan masa berharga ini untuk berbuka bersama seisi keluarga tercinta di Villa Istana Melaka. Sajian Menu Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi 'Menu Wajib' pada bulan Ramadan ini.
Antara hidangan menarik yang akan disediakan ialah Kambing Grill, Nasi Beriani dan Nasi Serai yang dihidangkan dengan Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi, Daging Dendeng, Daging Rendang dan banyak lagi yang pasti akan memberikan 1001 pengalaman berbuka puasa yang tidak akan dilupa-kan. Hidangan antarabangsa ataupun tempatan pastinya memenuhi selera anda
Kemudahan Lain Turut Disediakan Di Villa Istana Melaka
Kemudahan Yang Disediakan Suasana dewan makan yang selesa serta dilengkapi dengan penghawa dingin dan mampu memuatkan 500 tetamu dalam satu masa serta wifi percuma menjadikan Villa Istana Melaka ini sentiasa menjadi tempat untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga, rakan sepejabat dan majlis meraikan anak-anak yatim.
Selain daripada itu juga, Villa Istana Melaka turut menyediakan ruang parking kereta yang luas, tandas awam, bilik solat khas yang dilengkapi dengan sejadah, selipar serta tempat wuduk agar para pelanggan dapat menunaikan solat Maghrib & Isyak dengan selesa selepas berbuka puasa.
Bilik penginapan ekslusif juga disediakan untuk pengunjung musafir yang ada urusan lanjut di Negeri Melaka Bandar Bersejarah. Para tetamu juga akan didendangkan dengan persembahan hiburan islami dari Kumpulan Nasyid Unggul Saff One yang akan menghiburkan para tetamu sepanjang bulan ramadhan ini.
Harga Buffet Ramadhan Di Villa Istana Melaka
Bermula 10 Mei hingga 1 Jun 2019, pelbagai sajian bufet buka puasa bak berada di kampung halaman mengembalikan nostalgia yang indah boleh dirasai dengan harga RM45.00 untuk dewasa dan RM29.90 untuk kanak-kanak. Anda digalakkan membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan! Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan dengan tawaran pakej yang sangat menarik.
Tempahan awal juga digalakkan untuk majlis korporat bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan dengan lancar dan selesa.
Jom Berbuka Puasa Di Villa Istana Melaka! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
VILLA ISTANA MELAKA
Lot 11319 PM1313
Jalan TU1, Taman Tasik Utama
Ayer Keroh, Melaka.
06 - 233 0205 / 017 - 340 8715 / 016 - 790 0804 / 010 - 794 0115 / 017 - 335 7466
0 KOmen: