Pengalaman Cabut Gigi Bongsu | Klinik Pergigian Wah Setia Alam

5/01/2019 01:44:00 PG Fara Lumière 0 Comments

Gigi Bongsu. Ia tumbuh di bahagian kiri dan kanan rahang yang berada di tempat paling belakang. Gigi bongsu juga dipanggil sebagai gigi geraham besar yang kekal di kedudukan ketiga terakhir. Bila gigi bongsu sakit boleh ke biarkan? Rasanya semua dah tahu mana boleh dibiarkan gigi yang sakit tanpa rawatan. Seeloknya pergi ke klinik pergigian untuk check masalah gigi anda dengan kadar segera.


Tanda-tanda Sakit Pada Gigi Bongsu

Bila nak sakit ni tak kira tempat atau waktu. Boleh jadi semuanya secara tiba-tiba. Semalam ok hari ini pulak sakit. Macam itu juga gigi. Tengah sedap mengunyah makanan tiba-tiba gigi pada bahagian kiri tak boleh mengunyah. Rasa sensitif. Baru teringat dah lama tak buat "Scaling gigi" atau mungkin gigi berlubang.

ni gigi bongsu Fara. patutlah sakit. Berlubang di bahagian tepi.

Semakin hari gigi jadi sakit dan tak selesa. Pergi klinik gigi untuk check masalah. Rupanya ada masalah dengan gigi bongsu. Kedudukan gigi bongsu Fara terlebih tinggi dengan barisan gigi yang lain. Dan gigi bongsu berlubang pada bahagian tepi. Doktor sarankan untuk cabut gigi bongsu sebelum bertambah sakit.

Klinik Pergigian Wah, Setia Alam


Untuk cabut gigi bongsu Fara pilih Klinik Pergigian Wah yang terletak di Setia Alam, Selangor. Fara suka dengan Doktor, servis dan staff di klinik ni. Doktor di klinik wah menerangkan dengan jelas mengenai kesakitan dan juga memberi khidmat nasihat terbaik untuk masalah gigi Fara. Fara ingatkan kena ada pembedahan untuk cabut gigi bongsu rupanya tidak perlu kerana gigi fara tiada masalah untuk bius dan boleh terus cabut.


Proses untuk cabut tak sampai 10 minit. Fara sedikit beruntung kerana gigi bongsu kiri bahagian atas tidak menggangu barisan gigi yang lain. Jadi memudahkan untuk doktor cabut. Suntikan bius akan diberi pada bahagian gigi bongsu. Bila timbul rasa kebas baru Doktor mulakan proses untuk mencabut. Berdebar-debar sepajang proses cabut gigi. Tak sakit rupanya cabut gigi. 

ok, inilah gigi bongsu kiri bahagian atas fara

Selepas cabut, pendarahan dan ketidakselesaan memang normal. Pendarahan berhenti dengan betul hampir 7 jam. Setiap 2 jam Fara tukar kapas di gigi untuk menahan pendarahan. Bila terasa sakit pula boleh makan ubat "painkiller" yang diberikan. Oh ya, Rasa kebas akan hilang selepas 2 jam bermula dari waktu gigi dibius.

Pengalaman cabut gigi yang paling mudah dan senang. Alhamdulillah. Walaupun dah jaga gigi sehabis baik bila dah sakit memang tak boleh buat apa. Cabut jela senang. Harga cabut gigi pun tak mahal hanya RM80 Sahaja.

Boleh Dapatkan Rawatan Pergigian Terbaik Di Klinik Pergigian Wah, Setia Alam



Mencari klinik pergigian terbaik di Setia Alam? Bolehlah berkunjung ke Klinik Pergigian Wah. Fara dengan suami memang akan ke sini tiap kali nak scaling gigi, cabut, dan sebagainya. Puas hati!

KLINIK PERGIGIAN WAH SETIA ALAM

Call/Hubungi : 018 2033809 
Alamat : 15-G, Jalan Setia Indah X U13/X, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor




You Might Also Like

0 KOmen: