Best Ke LG Penapis Air Tanpa Tangki ni?

7/26/2019 01:08:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Baru-baru ini Fara ada lihat iklan di televisyen, LG Technology akan membawa masuk teknologi terbaru LG Puricare Tankless water purifier ke Malaysia! Fara tertarik dengan design dan tanpa tangki model tersebut

Related image

Penapis Air Tanpa Tangki

LG PuriCare Tankless adalah penapis air yang menggunakan teknologi tanpa tangki yang menapis air secara terus dari saluran bagi mengurangkan risiko pembiakan mikroorganisma di mana peralatan itu boleh dikawal dan dipantau dengan menggunakan aplikasi pintar SmartThinQ.

LG Puricare Tankless


Inovatif terkini dari LG iaitu Inverter Compressor dan Induction Heating System (IH), penapis air LG PuriCare Tankless dijamin akan memudahkan anda dengan mempunyai pilihan air minuman, sama ada panas, sejuk ataupun suhu bilik. Lebih menarik, fungsi 180° darjah turning rotating tap pula memudahkan anda untuk tetapkan kuantiti air yang anda inginkan dengan paparan sentuhan intuitif dan periksa status tapisan air melalui lampu indikasi. Sangat hebat!

Design LG PuriCare Tankless yang lebih smart, sleek dan slim

LG Puricare Tankless Water Purifier Review

Selalunya, penapis air di luar sana mempunyai saiz yang agak besar dan akan ambil ruang yang banyak di dapur. Tapi, design LG Puricare Tankless water purifier ni memang smart dan praktikal sangat. Direka tanpa tangki dan bersaiz 17cm, penapis air LG PuriCare Tankless ni memang sesuai untuk diletakkan di mana-mana tempat yang anda rasa sesuai tanpa mengambil ruang yang banyak. Pemilik homestay bolehlah letak untuk kemudahan pelancong kan



You Might Also Like

0 KOmen: