Uptown Santai Setia Alam Kini Dibuka!!

8/03/2019 08:03:00 PTG Fara Lumière 0 Comments


Assalamualaikum.. hi korang!!

Biasa dengar Uptown apa yang korang fikirkan? Uptown ini merupakan salah satu tempat menarik yang wajib di dikunjungi. Yelah, macam-macam perkara menarik ada kat uptown ni macam makanan, shopping, dan paling best boleh lepak santai-santai dengan tersayang.


Kepada yang berminat untuk ke Uptown Setia Alam yang baru sahaja dibuka pada 3 Ogos 2019 ia terletak di bersebelahan dengan Setia City Mall

Pembukaan Uptown Santai Setia Alam akan digegarkan sekali bersama artis-artis legend seperti Mamat Exists, Lan Solo, Shidi Data dan ramai lagi artis terkenal.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan karaoke, pertandingan games PS4, persembahan badut, dan persembahan artis-artis. 

Terdapat juga lebih 30 jenis makanan yang ada di Uptown Santai Setia Alam dan boleh shopping sekali kerana terdapat pelbagai juadah barangan yang best-best daripada vendor-vendor Uptown Santai Setia Alam!

Jom datang ke Uptown Santai Setia Alam!!

Lokasi : : Uptown Santai Setia Alam
Tarikh : 3 Ogos 2019
Masa : 11.00-12.00 tengah malam




You Might Also Like

0 KOmen: