5 Jenis Minuman Bubble Tea Yang Wajib Korang Cuba Bila Singgah Di Melaka
Assalamualaikum... Hai Korang!!
Sebut sahaja bubble tea pasti ramai yang dah cuba dan akan memuat naik di media sosial masing-masing sama ada Facebook atau Instagram. Bukan sahaja rasanya yang sedap, bebola hitam kenyal yang disedut bersama minuman pelbagai perisa tersebut menambahkan lagi keenakan minuman ini. Siapa dah cuba? Fara turut tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan minuman ini. So, entry kali ni Fara nak share kat korang tempat best minum bubble tea/boba kat Melaka...
Kafe I'Milky Menawarkan Minuman Bubble Tea Paling sedap Di Melaka!
Fara dihadapan kedai IMilky Kota Laksamana, Melaka |
Suasana Kafe I'Milky Tenang Dan Minimalis
5 Jenis Minuman Bubble Tea Yang Wajib Korang Cuba Bila Singgah Di Melaka
Jika korang peminat bubble tea, korang wajib berkunjung ke Kafe I'Milky kerana mereka memang pakar dalam membuat secawan Bubble Tea yang cukup kaww sekali! Pada korang yang tinggal di sekitar Kota Laksamana, Batu Berendam, atau sekitarnya jangan lepaskan peluang untuk mencuba kesemua jenis minuman bubble tea di sini ok! Tanpa membuang masa jom lihat 5 jenis minuman bubble tea yang paling laku keras di Kafe I'Milky :
1. Brown Sugar Boba
Rasa susu segar yang digabungkan dengan rasa gula merah dan boba pearls yang kenyal memang luar biasa! Minuman susu dan boba ini sememangnya sesuai untuk bila-bila masa sahaja. Apa yang Fara suka tentang Brown Sugar Boba kat I'Milky ni ialah rasa boba kenyal yang mempunyai rasa gula merah yang ketara tetapi tidak begitu manis kerana digandingkan bersama susu segar. Untuk menikmati rasa terbaik dari setiap cawan minuman dari I'Milky, korang perlu goncang cawan tu sekurang-kurangnya sebanyak 15 kali untuk menguatkan tekstur boba pearls yang baru dimasak.
2. Strawberry Milk
Siapa peminat buah strawberi kat sini? Kalau korang tengah diet tapi teringin nak cuba minuman viral ni, apa kata lupakan sekejap diet tu dan enjoy rasa strawberi milk kat sini. Sekali sedut je korang boleh rasa kelazatan buah strawberi yang cukup memukau! Bagi Fara, kombinasi strawberi bersama susu segar memang sedap! Lagi sedap bila diminum ketika masih sejuk.
4. Grapefruit Juice & Green Tea
Gabungan antara buah grapefruit bersama green tea pasti menaikkan selera korang! tak pernah rasa buah grapefruit? Inilah masanya untuk korang cuba minuman campuran grapefruit bersama green tea..
5. Matcha Milk
Mana peminat Matcha? Peminat Matcha mesti akan rasa bagai berada di awang-awangan sebab Matcha Milk kat I'Milky ni antara menu yang paling ramai permintaan! Rasa Matcha Milk kat sini serius sedap..
Harga Bermula Dari RM7.90 Sehingga RM12.90
Tak tahu order atau tak tahu menu yang best? jangan risau! Jika korang masuk ke I'Milky ada menu board di hadapan kaunter. Staff yang berkerja di kaunter depan I'Milky akan bantu korang pilih menu popular di sini. Staff mereka peramah dan mesra taw.
ini antara menu paling ramai popular di I'Milky |
Jangan Lepaskan Peluang Untuk Rasai Sendiri Minuman Bubble Tea Yang Tengah Viral Kat Melaka ok !
antara minuman popular kat I'Milky |
Setiap Hari Ramai Pengunjung :
Lokasi Kafe I'Milky
IMilky Kota Laksamana
Lokasi Kedai :
No 6, Jalan KLJ 9, Tmn Kota Laksamana Jaya, 75200 Melaka
Business hour : 12pm to 1am
Contact : 011-17583668
0 KOmen: