Cara Mudah Tingkatkan Income Adsense
Assalamualaikum.. Hai!
Maaf, Fara baru perasan di ChatBox ramai minta Fara buat atau tunjuk cara mudah untuk tingkatkan orang klik Adsense kita. Fara percaya sekarang dah ramai blogger LULUS Adsense. Tahniah diucapkan! Bagi yang belum lulus Adsense, jangan putus asa... Teruskan untuk apply ok!
1) Perbanyakan Content/Article
Tanpa membuang masa, ini adalah cara Fara main Adsense. SILA BACA DENGAN TELITI. Ramai tanya Fara bagaimana nak tingkatkan orang klik adsense kita? Jawapannya adalah buat satu write up/article tentang perkara yang paling banyak orang nak baca.
Masukkan Konten yang unik, original, menarik dan bermanfaat bagi memenuhi keperluan mereka yang dahagakan sesuatu info tertentu.
- Masukkan 10 -15 artikel kedalam blog
- Tulis dengan gaya tersendiri
- Jangan copy paste
- Gunakan bahasa dan ejaan yang mudah di fahami pengguna
- Elakkan penggunakan singkatan ejaan.
Contoh mudah, korang buat content tentang pengamalan menggunakan sesuatu produk dan share pada orang apa kebaikan yang korang dapat dari sesuatu produk tu. Contoh lain pula, andai kata korang pakai Penapis air Coway atau Cuckoo? Cerita pada orang kenapa korang beli produk tersebut dan kebaikan yang korang rasa perlu untuk orang lain tahu.
Macam mana iklan Adsense berfungsi? iklan Adsense akan timbul bila ianya bersesuaian dengan article yang orang baca. Contoh macam orang tengah baca articel Fara mengenai Coway, jadi iklan coway akan keluar di blog Fara. Jika orang tu nak beli Coway, dia akan klik iklan tersebut. Dari situlah salah satu cara tingkatkan orang nak klik Adsense kita. Nak mudah Set terus guna AUTO ADS.
ini contoh auto Ads Fara. |
Tips ni tidaklah sehebat blogger otai yang selalu cash out setiap bulan.. Fara pun masih belajar lagi ttg Adsense.. korang boleh baca tip adsense blogger lain macam bro Hasrul Hassan dia selalu bg tips naikkan Adsense.. rajin-rajinlah follow dia.
So, Fara harap korang fahamlah apa yang Fara sampaikan ini. Kalau tak faham roger! hehe.
Ops! Sebelum tu, tolong jgn klik iklan sendiri. Nanti kene banned.
0 KOmen: