Baju Sukan Muslimah Trendy Dan Bergaya Dari Ieha Arshad

12/22/2019 07:09:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Tidak ramai dalam kalangan kita yang menitikberatkan pakaian yang sesuai ketika bersenam atau bersukan. Biasanya baju-T, seluar longgar dan kasut sukan biasa sudah memadai dengan alasan ia mudah serta tidak memerlukan bajet yang tinggi.


Bagi mereka yang sering melakukan aktiviti bersukan pasti akan mencari pakaian yang sesuai kerana pakaian yang sesuai dapat membantu mereka rasa lebih selesa, sekali gus membuatkan mereka beraksi dengan lebih baik. Fara sendiri setelah banyak melakukan aktiviti diluar akan mencari pakaian yang sesuai untuk memudahkan pergerakan.

Baju Sukan Muslimah Dari Ieha Arshad

Pemilihan pakaian yang sesuai ketika bersenam dan bersukan dapat membantu meningkatkan prestasi diri, serta membuatkan tubuh rasa lebih selesa terutama apabila berpeluh dan panas. Mengetengahkan fungsi dan keselesaan maksimum, koleksi pakaian sukan dari Ieha Arshad tampil lebih elegan dan menepati keperluan style wanita sekarang.

Material Baju Yang Selesa Dan Tidak Panas



Material baju sukan dari Ieha Arshad membolehkan kulit bernafas dan tubuh bergerak selesa. Sepanjang melakukan aktiviti bersukan, Fara rasa sangat selesa. Material yang bersesuaian sangat penting bagi penjagaan kulit dan mampu mengelakkan dari berlakunya sebarang infeksi pada permukaan kulit sekiranya berpeluh.

Baju Sukan Muslimah Trendy

Wanita apabila bersukan mahukan pakaian yang menutup bahagian tertentu seperti dada dan punggung agar selesa bersukan tanpa rasa malu. Pilih pakaian yang longgar dan tidak mengehadkan pergerakan.


Apa yang Fara lihat, baju sukan Ieha Arshad mempunyai ciri-ciri tersebut. Walaupun pakaian sukan Ieha Arshad labuh menutup punggung, koleksi baju sukan tersebut tetap mempunyai ciri-ciri elegant yang boleh mengekalkan penampilan cantik sang pemakai ketika bersukan.

Ada 3 Pilihan Warna


Baju Sukan Pilihan Wanita Muslimah 

Wanita muslimah yang berhijab pada masa kini tidak lagi terbatas dan susah untuk bersukan. Ini adalah kerana terdapat pelbagai jenis pakaian sukan khusus untuk wanita muslimah dan yang penting sekali kita boleh membuat pilihan terbaik sendiri dalam mendapatkan pakaian mengikut keselesaan masing-masing.


Walau apa jua pakaian yang kita pilih untuk bersukan, keselesaan amat dititikberatkan supaya kita boleh memakainya dalam tempoh masa yang panjang. Kita juga perlu pastikan pakaian tersebut tidaklah terlalu ketat dan juga tidak terlalu longgar bagi memudahkan pergerakan sewaktu bersukan. Pilihlah baju yang bersesuaian dan pilih saiz baju yang tepat mengikut ukuran badan kita asal menutup aurat dengan sempurna.

Bagi Yang Berminat Untuk Dapatkan Baju Sukan Ini Boleh Terus Hubungi :


You Might Also Like

0 KOmen: