Produk Skincare Terbaik Untuk Masalah Anti-Aging, Tampil Lebih Muda, Cerah & Berseri | Safi Youth Radiance
Produk SAFI tidak pernah mengecewakan para penggunanya setiap kali mengeluarkan produk baharu, tidak kiralah samada dari segi penjagaan diri ataupun penjagaan muka. Kalau kita lihat sekarang, pelbagai produk SAFI yang telah berada di pasaran sekarang dan bila dapat tahu ada yang terbaharu iaitu Safi Youth Radiance pula.
Safi Youth Radiance telahpun diperkenalkan oleh SAFI dimana ia merupakan jenama rangkaian produk anti-penuaan pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan campuran ekstrak herba mewah seperti Saffron, Nano Gold, Beetox dan juga Lipo Vit-C.
Memandangkan usia sudah semakin lanjut hampir nak mencapai angka 30-an, kini tibalah masanya untuk mencari skincare untuk anti-penuaan bagi untuk sentiasa kelihatan muda, cerah dan berseri. Jangan risau dengan produk SAFI kerana ianya selamat digunakan malah telah dihasilkan dan diuji secara dermatologi, BEBAS dari miyak mineral, alkohol, paraben dan TIDAK diuji ke atas haiwan.
Safi Youth Radiance telah menawarkan 2 jenis produk iaitu Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dan juga Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan bahan utama seperti Nano Gold 24K dan Saffron.
Antara fungsi utama Safi Youth Radiance ini ialah :
- Melambatkan penuaan kulit
- Mengurangkan garis-garis halus
- Mengecilkan pori-pori
- Mengekalkan kelembapan kulit
- Mengekalkan keremajaan kulit agar cerah berseri
KELEBIHAN PRODUK SAFI YOUTH RADIANCE
Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence yang diperkaya dengan teknologi Saffron Gold, Nano Gold 24K, Beetox dan Lipo Vit-C ini membantu mencegah penuaan kulit, membaiki struktur kulit, mencerahkan kulit serta membantu melambatkan proses penuaan supaya tampil lebih muda.
Bahan Yang Terkandung di Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence Beserta Fungsinya
Lipo Vit-C : Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV & pencemaran
Hyaluronic Acid : Menghidrat dan mengunci kulit sehingga 24 jam
CARA PENGGUNAAN SAFI YOUTH RADIANCE
Cara pemakaian juga cukup mudah. Hanya tuangkan essence tersebut mengikut kuantiti yang dikehendaki ke telapak tangan. Sapu dan ratakan pada wajah. Kemudian urut perlahan sehingga ia meresap sepenuhnya pada kulit.
Harga : RM55.90 (100ml)
0 KOmen: