EPHYRA SKIN CARE SERIES | RAWAT MASALAH JERAWAT & KULIT KUSAM

1/23/2020 06:37:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Semua orang ada masalah kulit muka tersendiri termasuklah Fara sendiri. Masalah kulit muka fara adalah berminyak, tona tidak sekata dan agak kusam. Masalah Kusam paling membimbangkan kerana mengurangkan keyakinan diri dan ada kalanya rasa diri tidak secantik wanita lain.



Kalau perasan, Fara jarang kongsikan pengalaman menggunakan produk berkaitan skincare sebab Fara susah nak percaya dengan lambakan produk yang ada di pasaran. Dalam pemilihan produk terutama untuk muka, Fara akan pastikan kandungan bahan produk tersebut selamat digunakan tanpa kesan sampingan.

Kenapa pilih ephyra Skincare? Faktor utama yang membuatkan fara rasa ingin mencuba ephyra Skincare adalah ianya jenama produk kesihatan & kecantikan yang meletakkan KUALITI PRODUK, KESELAMATAN & KEPUASAN PELANGGAN sebagai TOP 3 dalam perniagaan.

Percaya tak dengan hanya 3 langkah mudah sahaja Fara boleh rasa kelainan pada wajah! Rangkaian produk ephyra yang Fara tengah cuba sekarang adalah EPHYRA Skin Care Series yang terdiri daripada 3 item iaitu Ephyra Skin Bar, Ephyra Skin Nano & Ephyra Skin Snow yang berfungsi sebagai mencuci, merawat dan mencerahkan wajah.

Pengalaman Menggunakan Ephyra Skin Series

Seperti yang telah diberitahu tadi masalah muka Fara adalah berminyak, liang pori besar dan kusam. Walaupun masalah ini tidaklah seteruk seperti berjerawat, parut dan sebagainya ia tetap menggangu penampilan diri. Untuk makluman, Muka Fara jenis kalau tidak dijaga memang mudah sangat kusam dan berminyak. Bila muka kusam nanti wajah nampak tak bermaya. Kemudian akan timbul pula masalah liang pori tersumbat.


Bagi Fara, ephyra Skin Series ni cukup mudah dan sesuai untuk orang seperti Fara yang tak suka pakai banyak-banyak produk dalam satu masa. Setiap hari rutin penjagaan muka jadi lebih mudah dan cepat. Pakai ephyra Skin Bar, Diikuit dengan ephyra Skin Nano dan ephyra Skin Snow. Ketiga-tiga produk ini menepati kriteria yang Fara inginkan.

Bila difikirkan balik masalah muka kusam ni ada banyak punca antaranya faktor cuaca dan sel kulit mati yang ada pada permukaan muka disebabkan persekitaran yang kurang baik. Penggunaan produk yang kurang sesuai juga boleh menyebabkan kusam kerana ia tidak dapat menanggalkan kotoran yang ada di muka dengan baik.

Rasa bersyukur kerana cuba ephyra Skin Series ni. Dia banyak memperbaiki muka Fara. Perubahan yang sangat ketara boleh dilihat setelah seminggu penggunaan. Muka nampak lebih cerah dan berseri.

Ephyra Skin Bar Mencerahkan Wajah

 

Untuk masalah muka kusam dan liang pori, ephyra Skin Bar sangat membantu menyingkirkan sel kulit mati pada muka. Pencuci muka ini boleh mengecilkan pori-pori kulit dan membantu menghidrat serta melembutkan kulit. Ia juga membolehkan sebum menembusi lebih jauh ke dalam kulit, dan bukannya “berkampung” di permukaan kulit. Hasilnya muka nampak lebih berseri dan cerah sekata

Ephyra Skin Nano Menutup Liang Pori Muka Dengan Baik

 

Pada anda yang mencari serum yang cepat meresap jauh kedalam muka inilah dia Ephyra Skin Nano. serum berteknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland. Dengan kuasa teknologi Nano, serum tidak melekit dan mudah meresap ke dalam kulit kerana saiz partikelnya yg sangat kecil. Serum Ephyra Skin Nano adalah gabungan formulasi beberapa bahan antioksida yang membantu mencerahkan dan mengekalkan keanjalan kulit.

Ephyra Skin Snow Melembapkan Wajah Sepanjang Hari

 

Merupakan pelembap wajah berteknologi Geno-White berupaya memberi dan mengekalkan kelembapan pada kulit wajah untuk jangka masa yg panjang. Sesuai untuk semua jenis kulit, kesan positif dapat dilihat seawal 9-14 hari penggunaan.

Lihat Pula Kelebihan dan Kebaikan  Ephyra Skin Series :

1. Ephyra Skin Bar (sabun cuci muka)

Merupakan sabun pencuci muka yg diformulasikan dari 100% bahan semulajadi. Ia tak ada sebarang bahan kimia terlarang, selamat & sesuai digunakan untuk semua jenis kulit sama ada kusam, berminyak, kering & sensitif.


Cara penggunaan : Cuci muka dengan sabun Ephyra Skin Bar. Cuci lebih kurang 5-10 saat menggunakan buih sabun. Ia dpt membuang segala lebihan minyak pada kulit wajah. Lebihan minyak inilah yang memerangkap pelbagai kotoran dan bakteria yang mana boleh mengakibatkan jerawat. Kulit wajah akan rasa segar dan tegang selepas dicuci.

Kandungan Hebat Ephyra Skin Bar :

a. Bearberry Alpha Arbutin

Ekstrak buah beri yg paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit, membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam

b. Rice Bran Oil

Bahan semulajadi dengan kandungan nutrient dan agen anti oksida yg mampu mengurangkan tanda penuaan serta menyuburkan kulit dari dalam disamping memperbaharui dan membaiki permukaannya.

c. Carrot Extract

Sifat anti keradangannya membantu menggiatkan semula sel kulit dan menjadikan tona kulit sekata, bersinar & membantu memperbaiki tisu melindungi kulit daripada sinaran matahari

d. Rumpai laut

Salah satu agen anti keradangan kepada jerawat, menjadikan kulit lebih anjal, serta menjadikan kulit lebih tegang dan halus.

e. Banana Enzyme

Bertindak sbg agen anti penuaan yg memperbaiki tekstur & tona kulit disamping menjadikan kulit lebih licin, halus & berseri

f. Glyserin

Sgt berguna merawat kulit eczema dan mengurangkan jangkitan bakteria pada kulit serta ia juga memberi kelembapan pd wajah

g. Collagen

Menyokong ketahanan fizikal & keanjalan sel kulit dan proses pembaharuan sel dgn lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang & anjal.

h. Glutathione

Membantu mencerahkan kulit dan memperbaiki keadaan kulit serta mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembetukan parut tebal.

Antara kebaikan Ephyra Skin Bar ialah :

• Mencerahkan kulit muka
• Memudarkan jeragat
• Melicinkan kulit muka
• Mengecutkan jerawat
• Memudarkan parut jerawat
• Menghilangkan whitehead dan blackhead
• Menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah
• Memberi kesan yang tegang, segar dan berseri kepada kulit wajah

2. Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum (serum)

Merupakan serum berteknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland. Dengan kuasa teknologi Nano, serum tidak melekit dan mudah meresap ke dalam kulit kerana saiz partikelnya yg sangat kecil. Serum Ephyra Skin Nano adalah gabungan formulasi beberapa bahan antioksida yang membantu mencerahkan dan mengekalkan keanjalan kulit.


Cara penggunaan : Dabkan serum Ephyra Skin Nano pada wajah. Selepas cucian, keringkan muka sedikit. Semasa kulit masih lagi lembap, segera sapukan serum di bahagian pipi, dahi dan dagu. Jika ada kawasan berjerawat, lebihkan sedikit di bahagian tersebut. Jgn risau, tak pedih! Serum ini dapat membantu mengecutkan jerawat & melembapkan kulit untuk masa yang panjang. Ia akan meresap masuk ke dalam kulit kemudian memperbaiki struktur dan lapisan kulit yang telah rosak akibat faktor umur, pencemaran & cahaya matahari.

Kandungan Hebat Ephyra Skin Nano :

a. Silanol + Hyaluronic Acid

• Melembapkan kulit
• Mengurangkan garis halus (anti-aging)
• Memperbaiki tekstur kulit yang rosak
• Mempercepatkan pembaharuan sel kulit baru yang sihat

b. Arbutin Semulajadi (ekstrak buah berry)

• Diekstrak daripada buah berry & sumber buah-buahan
• Agen pencerahan & pemutihan kulit natural yang selamat dan paling berkesan
• Agen anti penuaan yg dpt menegangkan kulit kendur
• Melindungi kulit daripada masalah pigmentasi
• Menghilangkan bintik hitam pada kulit

c. Vitamin C

• Mengandungi asid askorbik yang membantu membunuh bakteria pada kulit
• Mencerahkan kulit dengan selamat dan semulajadi
• Melindungi dari radikal bebas & menghalang kulit kusam / tompok hitam
• Menutup & mengecilkan liang pori yg besar / terbuka
• Memulihkan struktur kulit yg luka akibat jerawat / parut jerawat


d. Vitamin E

• Memudarkan parut dalam masa yg pantas
• Pelindung semulajadi dari sinaran matahari dan membantu mencegah kanser kulit
• Mengekalkan kelembapan kulit
• Menghilangkan garis halus, kedutan pd kulit mahupun kulit kusam
• Melegakan kulit terbakar (sunburn)
• Membuang sel-sel kulit mati akibat jeragat

e. Glutathione

• Meningkatkan kualiti kulit untuk lebih muda, segar & bersih
• Menghalang penghasilan Tyrosinase yang boleh menyebabkan bintik hitam
• Melambatkan proses penuaan kulit wajah
• Menjadi anti-oksida pada kulit dan memperbaharui sel kulit dengan yg baru.

Antara Kebaikan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ialah :


• Mengecutkan jerawat
• Menghilangkan parut jerawat & jeragat
• Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur
• Menghilangkan bintik-bintik hitam
• Mencerahkan kulit kusam
• Memperbaiki tona kulit tidak sekata
• Mengekalkan kelembapan wajah
• Merawat kulit terbakar (sunburn)

3. Ephyra Skin Snow Advance White Repair (pelembap)

Merupakan pelembap wajah berteknologi Geno-White berupaya memberi dan mengekalkan kelembapan pada kulit wajah untuk jangka masa yg panjang. Sesuai untuk semua jenis kulit, kesan positif dapat dilihat seawal 9-14 hari penggunaan.


Cara penggunaan : Sapukan pelembap selepas memakai serum. Tak sama seperti pelembap yang lain, ia adalah bersifat water-based yang mana ia berupaya melembapkan kulit dan memegang kelembapan air dalam kulit sehingga 12 jam. Ia juga boleh menjadikan tona kulit lebih sekata & sihat. Ditambah pula dgn Teknologi Geno White yg berupaya mengawal penghasilan melanin dalam kulit & elakkan pertumbuhan jeragat serta bintik hitam. Penggunaan yang konsisten & berterusan akan memberikan hasil yang cukup mengagumkan yang mana kulit akan beransur cantik, sihat & glowing. Segala cela & masalah tona kulit tidak sekata juga akan dapat diatasi.

Kandungan Hebat Ephyra Skin Snow :

a. Arbutin Semulajadi

• Melembutkan kulit wajah dan menjadikannya lebih segar serta bermaya
• Mencerahkan wajah
• Menjadikan tona kulit sekata


b. Vitamin C

• Mencerahkan kulit dengan efektif
• Mengandungi asid askorbik yang membantu membunuh bakteria pada kulit

c. Vitamin E

• Mengekalkan kelembapan kulit serta mencegah kulit kering
• Menghindarkan kulit daripada pigmentasi & jeragat

Antara kebaikan Ephyra Skin Snow Advanced White Repair :


• Melembapkan dan mengekalkan kelembapan wajah
• Mencerahkan kulit seawal 9 -14 hari
• Menggunakan teknologi Geno White (Teknologi yang mengawal pengeluaran melanin. Melanin yang terlebih dalam kulit muka akan menyebabkan terjadinya Jeragat, Bintik Hitam & Kulit Kusam.
• Membantu melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB
• Membantu mengurangkan minyak berlebihan pada kulit yang menjadi punca jerawat
• Mengurangkan tanda penuaan ( garis halus & jeragat )
• Menambahkan keserian kepada wajah untuk kekal muda & bersih.
• Mencerahkan secara semulajadi

Ketiga-tiga item ini mempunyai Kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu :

i. Ephyra Skin Bar ( (NOT190903359K)
ii. Ephyra Skin Nano ( NOT190807960K)
iii. Ephyra Skin Snow (NOT190807961K)

Bukan itu sahaja, EPHYRA Skin Series ini juga telah menjalani ujian makmal SGS yang merupakan ujian tambahan & sokongan bertaraf antarabangsa. Setiap sampel produk diuji secara rawak sama ada mengandungi logam berat seperti Merkuri, Hydroquinone, Paraben dan bahan berbahaya yang lain. Jadi, terbukti bahawa EPHYRA Skin Care Series selamat dan bebas daripada sebarang bahan logam berat berbahaya yang boleh memudaratkan kulit wajah dan kesihatan pengguna.

Harga pasaran bagi setiap item adalah –

1. Ephyra Skin Bar (sabun cuci muka) – RM39 (SM&SS)
2. Ephyra Skin Nano (serum dengan Teknologi Nano) – RM68 (SM&SS)
3. Ephyra Skin Snow (moisturizer dengan Teknologi Geno White) – RM48 (SM&SS)

Maklumat lanjut mengenai ephyra Skin Series :
Ephyra Skincare Series kini semakin mendapat tempat di hati pengguna tegar Ephyra. Jangan lupa
dapatkan set Ephyra Skincare Series dengan segera. Antara produk penjagaan wajah yang wajib
bagi setiap wanita! Wajib try okay! ^_^

Untuk Maklumat Lanjut :
Instagram : @ephyra2u
Facebook : Ephyra Oceanlife2u
Website : www.ephyra2u.com
Hotline: 03-4141 7889


You Might Also Like

0 KOmen: