4 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020

1/30/2020 10:36:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum... Hai!

Pada tahun 2019 Fara pernah mengikuti program Nak Ubah Hidup (NUH) yang diadakan di Setia City Convention Center (SCCC). Ketika itu perasaan gementar bercampur dengan excited ada sebab ianya merupakan pengalaman pertama merasai sendiri program yang dianjurkan oleh Richworks.


Alhamdulillah, pada tarikh 25 Januari 2020 Fara masih dapat mengikuti program Nak Ubah Hidup (NUH) ini lagi. Kali ini Program Nak Ubah Hidup (NUH) diadakan 3 hari berturut-turut iaitu 25, 26 dan 27 Januari bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.

Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam. Tahun ini paling ramai peserta yang hadir.

Program Nak Ubah Hidup (NUH) Sesuai Untuk Usahawan Yang Ingin Memulakan Perniagaan

Kebanyakan yang hadir ke program ni dari kalangan usahawan. Tidak kira usahawan yang baru nak mulakan perniagaan mahupun yang telah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan mereka tidak lepaskan peluang mengikuti program anjuran Richworks ini kerana mereka tahu program ini banyak membantu meningkatkan potensi diri.


Semua orang suka bisnes tapi tak semua tahu bagaimana langkah yang betul dalam menjalankan perniagaan. Oleh itu, program ini amat sesuai untuk anda yang baru nak berjinak dalam dunia perniagaan. Sepanjang program ini berlangsung anda akan diajar cara yang betul memulakan perniagaan, strategi marketing yang betul, bagaimana meningkatkan pendapatan dan pelbagai lagi. 

4 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020

1. Dr Azizan Berjaya Membimbing Ribuan Usahawan Mendapat Jualan di Luar Jangkaan 


Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain. Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasa-biasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit.

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah 

a. Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty



Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketingdalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman).

Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!

b. Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery



Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

c. Rosli Ismail dari Oli Collection


Image may contain: 2 people, people sitting, text that says "RICHW ORKS Pemilik Oli Collection Sdn Bhd COLLECTION COLLECTION 2019 HAJI ROSLI ISMAIL"

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.

Bagaimana Ketiga-tiga Usahawan Ini Boleh Berjaya?


Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.

2. Kekalkan Energy Dan Aura Positif Dalam Diri


Program kali ini memberi impak besar kerana diadakan pada awal tahun 2020. Sangat sesuailah untuk kekalkan energy positif sepanjang tahun. Dr Azizan sering menekankan betapa pentingkan mengekalkan aura positif agar diri kita dapat mengeluarkan energy yang baik pada orang sekeliling. Cuba lihat usahawan yang berjaya mereka sentiasa ceria, bertenaga dan aura mereka sangat kuat. Berdiri sebelah mereka pasti ada bezanya berbanding berdiri dengan orang yang energy biasa. Inilah yang kita mahukan untuk berjaya iaitu "energy" yang baik. 

3. Perlu Fokus & konsisten dalam proses mengubah kehidupan kita


Sia-sia jika kita gagal konsisten serta fokus dalam proses mengubah kehidupan kita. Ia stage yang sangat kritikal. Kebanyakkan orang gagal di sini. Ia tak mudah. Memerlukan displin & ketabahan yang tinggi. Beza antara mereka yang gagal & berjaya adalah di peringkat ini. Gagal untuk fokus & konsisten. Namun seandainya kita berjaya mengubah diri kita menjadi seorang yang fokus & konsisten dengan apa yang kita lakukan, In Sya Allah semua yang kita lakukan selepas ini akan menjadi mudah. Ia akan menjadi habit yang positif.

4. Belajar untuk upgrade diri

Selepas kita berjaya korbankan semua perkara negatif dalam hidup kita, kita kena lakukan pula perkara yang orang berjaya lakukan. Perkara yang positif. Mula ubah ‘circle’ kita. Cari kawan-kawan baru yang boleh bantu kita. Jika kita mahu jana pendapatan lebih, mula bergaul dengan kawan-kawan yang berjaya dalam bidang perniagaan. Korek & minta tips serta pertolongan. Minta nasihat-nasihat yang berguna. Saya yakin mereka akan membantu. Sekurang-kurangnya mereka boleh memberi jalan atau idea bagaimana untuk kita mulakan sesuatu.


Kita kena belajar ‘upgrade’ diri kita. Banyakkan membaca & hadiri seminar-seminar yang sepatutnya. Cari yang free dulu. Di youtube pun banyak. Bila ada kesempatan & kemampuan, cari pula yang berbayar. Lakukan secara berperingkat. Bila semakin banyak ilmu yang kita dapat, kita akan semakin jelas apa yang patut kita lakukan. Yang mana mahu kita dahulukan & yang mana harus kita kemudiankan. Ilmu adalah kunci kepada semua perkara.

Kesimpulannya, semua orang mahukan terbaik dalam hidup tetapi tak semua orang sanggup buat apa yang sepatutnya mereka lakukan. Jadi sekarang terpulang pada kita, apa yang kita pilih.

Jika anda berminat nak join next program "Nak Ubah Hidup" boleh layari laman web https://nakubahhidup.com/.


You Might Also Like

0 KOmen: