8 Lokasi POPULAR di Terengganu Menjadi Pilihan

2/05/2020 03:02:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Terdapat banyak tempat menarik di Kuala Terengganu. Lagi mudah untuk ke tempat-tempat ini kerana semuanya berdekatan dengan Anjung Pantai Seberang.

Alhamdulillah masa pergi ke Terengganu cuaca sangat redup seronok kami anak beranak berjalan menjelayah negeri Terengganu. Secara keseluruhannya, Percutian ringkas selama 2Hari 1Malam kami di Terengganu cukup memuaskan.

8 lokasi popular di Terengganu yang menjadi pilihan kami sekeluarga adalah seperti berikut :

1. Masjid Tengku Tengah Zaharah


 

 

Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai Masjid Terapung kerana keunikan rekabentuknya yang seolah-olah terapung di permukaan air.

Dibina dengan indah di atas tiang konkrit di sebuah tasik buatan yang mengalir ke Sungai Ibai di Kuala Terengganu. Mengambil sempena nama bonda kepada Sultan Mahmud AI Muktafi Billah Shah sebagai tanda peringatan.

Berdekatan dengan Batu Burok, ia hanya mengambil masa 26 minit untuk memandu ke sini dari chalet.

2. Taman Tamadun Islam


Image result for taman tamadun islam"


Taman Tamadun Islam membawakan masjid-masjid terkemuka di dunia kepada anda. Replika masjid Suleymen dari Turki, Alhambra dari Sepanyol, Masjid Sultan dari Singapura serta 23 yang lain dipamerkan di ruang terbuka. Itu di Zon A.

Zon B pula terletaknya Masjid Kristal, Pusat Konvensyen, Arked Terengganu, Restoran, Rumah Tetamu, dan Warrior Park. Terdapat juga aktiviti menaiki ‘buggy’, menunggang basikal, menaiki trem, menonton Light & Show Sound, serta TT River Cruise yang menghubungkan ke Taman Warisan.

Harga Tiket: RM21.20 (dewasa), RM15.90 (kanak-kanak)

Alamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu.

Waktu Operasi: 10am-7pm (Isnin, Rabu, Khamis), 9am-7pm (Jumaat-Ahad)

3. Masjid Kristal


 

 

Sebagaimana namanya, Masjid Kristal dibina dengan gabungan besi, kaca dan Kristal. Senibinanya bertambah indah ketika ia memantulkan sungai yang mengelilinginya.

Inilah yang menjadikan masjid ini unik dan amat terkenal di Terengganu dan Malaysia. Masjid Kristal terletak di Taman Warisan Islam. Ia mengambil masa selama dua tahun untuk dibina iaitu 2006 sehingga 2008. Di sekeliling masjid ini juga ada banyak tarikan seperti replika senibina-senibina hebat di dunia.

Alamat: Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu


4. Pasar Besar Kedai Payang


Image result for pasar besar kedai payang"

Dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Pasar Payang, pasar yang terletak di tepi Sungai Terengganu adalah salah satu tarikan utama pelancong ke negeri ini.

Menawarkan pelbagai pilihan barangan tempatan dengan harga yang berpatutan. Anda boleh mengalami sendiri keseronokan tawar-menawar di sini untuk mendapatkan harga yang menarik. Di sinilah anda boleh mendapat barangan tradisi seperti batik, sutera, songket dan tembaga serta makanan segar.

Alami keseronokan membeli-belah bersama-sama dengan penduduk tempatan sambil melihat budaya kehidupan harian penduduk di sini. Apa yang menarik adalah anda boleh merasai menaiki bot penambang ke Pasar Payang dari jeti yang tidak jauh dari Anjung Pantai.


5. Pantai Batu Buruk


Batu Burok satu lagi pantai yang terkenal di Terengganu. Anda boleh mengambil angin dan bersantai sambil menikmati pelbagai juadah yang dijual di sini. Hanya perlu memandu selama 20 minit dari Anjung Pantai Seberang..

Terdapat banyak aktiviti dijalankan di sini saban hari terutama pada hujung minggu. Pusat kebudayaan bermula di sini dan permainan tradisional, persembahan sering dilakukan terutama pada hari Jumaat dan Sabtu.

Terdapat taman di mana ramai penduduk bersenam setiap pagi sambil menikmati keindahan pemandangan matahari terbit


6. Uptown Kontena 


Uptown Kontena  merupakan satu lagi tarikan yang dikira baharu di Terengganu. Ia sebenarnya lokasi makan-makan yang menggunakan kontena sebagai ruang jualan mereka.

Makan di sini pasti menyeronokkan kerana anda makan di ruang terbuka dengan tiupan angin pantai Laut China Selatan. Kontena Uptown juga dibuka untuk banyak lagi ruang niaga selain makanan di sini. Ini termasuklah kepada mereka yang mempunyai bakat seni tertentu yang mampu menghidupkan dan menghiburkan para pengunjung.

Alamat: Pesisir lagun Kampung Pantai, Tok Jembal, Gong Badak, Kuala Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari (5pm – 2am)

7. Jambatan Angkat Terengganu

 

Terletak di Kuala Terengganu, Jambatan angkat ini menghubungkan Muara Selatan Pusat Bandaraya dan Muara Utara Seberang Takir (Kuala Terengganu – Kuala Nerus) sejauh 638 meter.

Kenapa dipanggil Jambatan angkat? Ia kerana jambatan ini boleh diangkat di pertengahannya untuk memudahkan laluan kapal-kapal besar. Ia mengambil masa 20 minit untuk naik (dibuka untuk laluan kapal) dan kurang 20 minit untuk turun (dibuka kepada kereta dan motosikal).

Jambatan angkat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebelah utara yang menempatkan restoran di tingkat 14 manakala tingkat 13 pula menempatkan ruang solat dan bilik air. Di bahagian selatan pula ada galeri untuk orang ramai melihat keindahan bandar Kuala Terengganu terutamanya pada waktu malam.

Apa yang menariknya di jambatan ini, ada beberapa kawasan sekitarnya yang cukup indah untuk anda ambil gambar.

8. Pantai Mengambang Talipot

  

Mengabang Telipot adalah sebuah perkampungan nelayan Terengganu di Malaysia yang terletak 18 Kilometer dari Kuala Terengganu melalui Jambatan Sultan Mahmud yang terletak di Jalan Pantai menuju ke Kampung Batu Rakit. Kampung ini di percayai berusia lebih kurang 100 tahun, dan mempunyai sebuah masjid, iaitu Masjid Mengabang Telipot, yang dibina pada awal tahun 1920-an, namum struktur asal masjid ini telah dirobohkan pada tahun 2015 untuk memberi ruang kepada pembinaan masjid baru di atas tapak asal masjid ini. Kampung ini amat terkenal dengan ikan dan sotong celup tepung yang terletak di pantai kolam


Banyak lagi lokasi menarik di Terengganu yang belum Fara kunjungi. Walaupun tidak banyak tempat yang dapat Fara kunjungi, kesemua tempat di atas secara keseluruhannya Fara sangat berpuas hati kerana kawasan yang bersih, parkir yang luas, permandangan yang indah dan tenang. 


You Might Also Like

0 KOmen: