7 Senarai Toner Ini Terbaik Dan Menjadi Pilihan Ramai

2/29/2020 11:33:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Fungsi Toner adalah untuk balancekan ph kulit kita. Apabila kita menggunakan cleanser ph kulit kita dah lari dari biasa. So dengan adanya toner ini, ia membantu mengembalikan ph kulit wajah kepada ph asal.

Selain itu, toner juga membantu menghilangkan sisa kotoran pada muka. Muka pun kurang mengeluarkan minyak apabila kita pakai toner berbanding tanpa toner.

Seterusnya toner juga membantu menyerap moisturiser, menyegarkan serta melembapkan kulit dan meninggalkan kesan calm and soothing pada wajah.

7 Senarai Toner Ini Terbaik Dan Menjadi Pilihan Ramai 

1. Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion 100ml (Toner terbaik untuk remaja kulit berminyak)


Image result for Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion

Penyegar yang membersihkan dua kali lebih berkesan dan mendalam, untuk mengurangkan dan mengawal kulit berminyak. Selain itu, ia juga mampu mengawal jerawat yang degil serta mencegahnya dari berlarutan kerana apabila kulit anda bebas minyak maka masalah kemunculan jerawat tidak mudah berlaku. Diperkaya dengan ekstrak minyak pokok teh yang telah terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang minyak berlebihan dan kulit berjerawat.


2. Simple Kind to Skin Soothing Facial Toner 200ML (Toner terbaik untuk kulit sensitif)

Image result for Simple Kind to Skin Soothing Facial Toner

Jika anda mengalami kulit yang sangat sensitif dan boleh menyebabkan kemerah-merahan ketika memakai sesetengah produk, toner ini sememangnya sesuai untuk kulit anda. Ia memberi sensasi menenangkan pada kulit wajah anda kerana dengan adanya bahan seperti chamomile, witch hazel dan allantoin.

Sesuai untuk kulit yang berjerawat kerana ia membantu mengatasi masalah anda sehingga ke lapisan dalaman kulit. Hasilnya, kulit anda akan kelihatan lebih segar dan tenang tanpa masalah.

3. Bio-Essence Bio-Gold Rose Gold Water 100ml (Toner air mawar yang organic)

Image result for Bio-Essence Bio-Gold Rose Gold Water

Toner yang diperkaya dengan ekstrak mawar dari Jepun yang membantu mengurangkan masalah kulit dan memberi penghidratan yang secukupnya untuk kulit anda. Selain itu, ia turut mengandungi 24k emas yang berfungsi sebagai anti-oksidan di dalam penyegar ini dan membantu dalam melambatkan tanda penuaan di wajah anda.

Formula hebat ini dapat membantu memperbaiki, memperbaharui dan menambah lagi pembaikan untuk kulit wajah. Anda akan dapat merasakan kulit anda lebih berseri, sihat dan cantik.

4. Safi Penyegar Mentimun, Aloe Vera & Habbatus Sauda 100ml  (Toner yang Halal dan tidak mengandungi alcohol)

Image result for Safi Penyegar Mentimun, Aloe Vera & Habbatus Sauda

Penyegar yang menjadikan kulit anda lebih licin berseri kerana ia mengandungi bahan yang dapat membantu memulihkan masalah kulit berjerawat. Mengandungi ekstrak lidah buaya, timun dan juga minyak habbatus sauda. Lidah buaya sememangnya bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai fungsi dan dapat membantu sebarang masalah kulit.

Penyegar ini menyerap dengan cepat ke dalam kulit dan mengeluarkan kotoran hingga kelapisan dalam. Kulit akan lebih sihat, lembut dan licin dengan hanya beberapa kali penggunaan.

5. Innisfree Jeju Volcanic Pore Toner (Toner Jeju volcanic)

Image result for Innisfree Jeju Volcanic Pore Toner

Toner rawatan liang ini dibuat dari formula gunung berapi Jeju untuk menghilangkan masalah jerawat yang berlebihan. Ia membantu memberi kelembapan dan memperbaharui kulit muka hingga kedalaman. Selain itu, ia turut mengawal penghasilan minyak yang berlebihan dari kulit.

Penyegar yang terasa ringan dan memberi sensasi segar apabila disapukan pada kulit wajah anda. Penggunaan siang dan malam menjadikan kulit anda lebih licin, baharu dan berseri.

6. Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion 170ml (Terbaik untuk kulit kombinasi)

Image result for Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion

Penyegar yang mempunyai fungsi 2 dalam 1 ini mengandungi bahan seperti hatomugi, houttuynia cordata dan bunga chamomile yang membantu melawan kerosakan kulit, kulit kemerahan dan menenangkan kulit yang iritasi. Selain itu, ia turut membantu memberi kelembapan pada kulit wajah agar kulit kekal lembut dan licin.

Anda tidak perlu risau tentang penyegar ini kerana ia bebas dari bahan wangian, pewarna dan minyak mineral. Cuba penyegar ini untuk mendapatkan kulit yang licin berseri.

7. Himalaya Gentle Refresh Toner (Toner terbaik untuk kulit kering)

Image result for Himalaya Gentle Refresh Toner
Toner yang memberikan sentuhan lembut pada kulit dan apa yang lebih menarik ia tidak mengeringkan kulit anda. Ia memastikan kulit bebas dari bakteria dan turut mengekalkan kelembapan pada kulit wajah anda.

Hanya perlu dititiskan 1 hingga dua titisan dan ia cukup untuk diratakan pada kulit wajah anda. Bahan semulajadi dari penyegar jenama ini sudah semestinya memberi keyakinan untuk anda memakainnya. Kulit anda akan menjadi dua kali lebih baik dari kulit sebelumnya. productnation

You Might Also Like

0 KOmen: