Langkah Mudah Lindungi Data Peribadi Anda Dengan CTOS SecureID
Mengapa data peribadi perlu dilindungi? Pernahkah timbul perasaan was-was pada setiap kali kita berurusan dengan pelbagai pihak industri membabitkan transaksi komersial? Rasa geram apabila sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan menggunakan data peribadi kita untuk tujuan lain. Ini timbul kerana satu syarikat sebagai contoh, akan berkongsi data peribadi pelanggan yang diperoleh untuk digunakan oleh anak syarikat mereka.Penyalahgunaan data peribadi ini telah banyak berlaku. Sebagai pengguna, kita perlu sedar bahawa isu perlindungan data ini tidak sewajarnya dipandang remeh kerana ia membabitkan penggunaan data peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, alamat tempat kerja, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan nombor kad kredit yang boleh digunakan oleh pihak yang mempunyai akses terhadap data tersebut tanpa mendapat keizinan terlebih dahulu untuk tujuan yang tidak diingini
Oleh itu, bagi mengatasi permasalahan mengenai penyalahgunaan data peribadi ini, CTOS melancarkan khidmat pemantauan Dark Web untuk melindungi pengguna Malaysia daripada pencurian dan penipuan.
Apa itu CTOS SecureID & Bagaimana Ia Melindungi Data Peribadi Kita?
CTOS adalah Agensi Pelaporan Kredit yang terkemuka di Malaysia berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Ditubuhkan pada tahun 1990, CTOS mempermudah perlanjutan kredit dengan cara membolehkan individu dan perniagaan mengakses maklumat penting dengan lebih mudah dan lebih cepat. CTOS menyampaikan portfolio yang lengkap meliputi penyelesaian dan perkhidmatan pengurusan risiko kredit, dan digunakan secara meluas oleh institusi-institusi perbankan dan kewangan negara, syarikat insurans, syarikat telekomunikasi, syarikat-syarikat besar, perusahaan kecil & sederhana, firma guaman, badan-badan kerajaan dan berkanun. Untuk maklumat lanjut, layari www.ctoscredit.com.my
Di majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, pihak CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), iaitu agensi pelaporan agensi kredit terkemuka di Malaysia, memperkenalkan perkhidmatan itu kepada khalayak umum pada hari ini, turut ditampilkan ialah Kapten CTOS, Hisyam Hamid bintang TV dan filem popular tanahair.
Pengguna yang melanggani perkhidmatan ini akan dimaklumkan jika berlaku sebarang perubahan profil kredit mereka, seperti misalnya permohonan kredit baharu, bayaran yang tertinggal, perubahan had kredit, penutupan kemudahan kredit, kemuflisan, kes litigasi dan juga amaran jika ditemui butiran peribadi dalam dark web. Dengan adanya semua ciri ini pengguna menjadi lebih proaktif supaya berwaspada dalam menjaga identiti mereka dan menguruskan kesihatan kredit masing-masing.
Semua keistimewaan ini akan ditonjolkan melalui suatu kempen khas yang menampilkan Hisyam Hamid, melalui berbagai media penyiaran dalam bulan-bulan akan datang.
Dengan adanya CTOS SecureID hari ini bermakna mereka mempunyai perkhidmatan terulung dalam pasaran yang boleh membantu melindungi pengguna daripada pencurian dan penipuan, di samping membantu meningkatkan celik kewangan, sejajar dengan misi kerajaan untuk mempromosi pendidikan kewangan dan keterangkuman.
Download Aplikasi CTOS di Google Playstore/App Store
Pelanggan CTOS SecureID akan turut menerima sokongan berupa maklumat terkini mengenai panduan pencegahan penipuan dan pencurian, sokongan dalam hal-hal berkaitan pencurian identiti serta empat Laporan Skor MyCTOS setahun. Dengan bayaran hanya RM9.90 sebulan atau RM99 setahun, kini sesiapa sahaja boleh menikmati perlindungan CTOS SecureID dan ketenangan fikiran.
0 KOmen: