Senarai Hotel Ada Swimming Pool Terbaik & Murah di Melaka
“Kalau kat Melaka, hotel apa yang pool dan playground kalau nak bawak famili yang ramai budak-budak yer?. Yang ada waterpark lagi best.”Melaka antara destinasi popular bagi ibu bapa untuk bawa anak-anak bercuti. Penginapan yang mesra famili pastinya menjadi pilihan utama. Sekurang-kurangnya hotel tersebut mesti mempunyai kolam renang. Kalau ada playground dan waterpark lagi bagus dan memudahkan.
Jom tengok beberapa hotel menarik untuk famili yang boleh anda cuba bila ke Melaka nanti.
Pilihan Hotel Mesra Famili Sekitar Melaka
1. Bayou Lagoon Park Resort
Yang dah biasa ke Melaka mesti tahu resort ni. Kalau bercadang nak menghabiskan masa di waterpark, resort ini memang sesuai untuk anda. Turun bawah je boleh terus masuk ke waterpark. Biliknya pun luas, dilengkapi dengan bath tub.
Terletak tak jauh dari Ayer Keroh, kalau nak bawa anak melawat Zoo Melaka pun dah tak jauh.
2.Pirate Island Resort
Resort ini bersebelahan dengan Bayou Lagoon. Ia juga mempunyai waterparknya sendiri. Tapi berbeza dengan Bayou Lagoon, Pirate Island Resort lebih banyak area untuk kanak-kanak bermain.
3. Amverton Heritage Resort
Memang seronok bawa anak-anak di sini sebab bukan saja setakat ada waterpark, tapi ada juga outdoor playground dan indoor playground. Memang puaslah budak-budak main dekat sini. Lokasinya pun strategik, cuma 5 minit dari tol Ayer Keroh.
Terdapat beberapa jenis penginapan di sini. Antaranya bilik hotel biasa, apartment 2 atau 3 bilik, dan villa 4 bilik dengan private pool. Memang sangat sesuai bagi yang nak buat gathering atau family day. Selain ada taman tema air, ada juga Safari Wonderland, Old West dan 4D movie yang boleh anda cuba di dalam kawasan resort ini.
4. Hotel Swiss Garden
Hotel Swiss Garden terletak di atas shopping mall The Shore ni. Sesuai bagi yang sukakan penginapan di tengah-tengah bandar. Ada mini waterpark yang terletak pada tingkat 9 memang sesuai untuk budak-budak.
Kalau stay dekat sini, tak payah pergi jauh untuk berjalan-jalan. Dekat dalam The Shore shopping mall di bawah tu pun ada banyak tarikan yang santai dan menarik untuk famili contohnya Oceanarium, Sky Tower, Toy Museum dan 3D Motion.
5. The Shore Hotel & Residences Melaka
Hotel ni sebenarnya terletak bersebelahan dengan Hotel Swiss Garden. Dengan berkongsi fasiliti pool dan mini waterpark yang sama, hotel ini menjadi pilihan yang lebih bajet berbanding Hotel Swiss Garden.
Ada 3 pilihan bilik di sini dan bagi yang bawa famili besar, bolehlah buat tempahan apartment 3 bilik dengan harga yang berbaloi.
6. Atlantis Residence
Penginapan berkonsep apartment ini pun menarik untuk famili bersantai di Melaka sebab ia dilengkapi dengan playground dan mini waterpark untuk kanak-kanak. Selain kolam renang, banyak juga fasiliti lain untuk orang dewasa seperti jacuzzi, sauna dan gym.
7. Hotel MITC
Di area MITC ni ada banyak pilihan makanan. Rambang mata dibuatnya. Boleh bersantai dengan anak-anak di swimming pool. Ada playground kecil sekali dekat situ.
Ada banyak kedai Mamak dan McD pun sebelah je kalau terasa lapar di tengah malam. Kalau nak beli barang, boleh ke Mydin. Dekat juga kalau nak ke Zoo Melaka dan Butterfly Farm.
8. Hotel Novotel
Hotel Novotel menyediakan kemudahan yang kid friendly selain biliknya yang luas dan cantik. Di kolam mandinya ada disediakan taman permainan kecil, dan di bahagian lobby juga ada disediakan Kid’s Corner untuk ibu ayah bersantai dengan anak-anak. Ada buku cerita, permainan dan video game PS4. Jangan lepaskan kesempatan berjalan-jalan di rooftop hotel untuk pemandangan yang menakjubkan!
9. Hotel Faithview
Hotel ini menawarkan kemudahan playground berbumbung untuk anak-anak berdekatan dengan kolam renang. Selain 2 kolam renang kanak-kanak, ada juga kolam renang dewasa yang besar.
10. Double Tree By Hilton
Berdekatan dengan kolam renang, ada Kids Club dibuka seawal pukul 10 pagi hingga 8 malam di sini. Ada sudut membaca, aktiviti seperti mewarna, board games dan permainan video PS4. Jadi kalau hujan tak dapat berenang, mereka boleh main dekat sini. Sementara anak-anak bersuka-ria mak ayah pun bolehlah bersantai sama di kolam atau sauna. Pemandangannya cukup menarik, lebih-lebih lagi di sky deck.
Lagi satu, hotel ini bersambung dengan Elements Mall di bawahnya. Jadi senanglah kalau nak beli apa-apa dekat bawah. Tak macam MP atau Dataran Pahlawan, Elements Mall kurang sesak dan ianya lebih family friendly. Biasanya pada hujung minggu akan diadakan aktiviti untuk kanak-kanak. Jumper’s Land untuk kanak-kanak dan Pawagam MBO pun ada di mall ini.
Sekian sahaja senarai hotel di Melaka yang mempunyai swimming pool. Selamat bercuti ke Melaka!
0 KOmen: