Tip Berkesan Mencegah Karies GIGI Pada Kanak-Kanak

5/12/2020 01:20:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Karies, yang juga dikenali sebagai kerosakan gigi atau kaviti, adalah jangkitan yang berpunca dari bakteria yang menyebabkan demineralisasi dan kemusnahan tisu keras (enamel, dentin dan simentum), Kemusnahan tisu keras ini biasanya adalah akibat dari penghasilan asid oleh fermentasi (pereputan) bakteria yang berpunca dari pengumpulan sisa makanan di permukaan gigi. Sekiranya proses demineralisasi mengatasi rembesan air liur dan faktor-faktor remineralisasi lain yang berkaitan seperti kalsium dan ubat gigi berfluorida, maka tisu keras ini akan terus mengalami kemusnahan sehingga menghasilkan karies gigi (kaviti atau gigi berlubang).


SOALAN :

Umur anak (dalam photo) adalah 1 tahun 11 bulan. Ibu pernah bawa anak periksa gigi di Klinik Desa 5 bulan lepas. Doktor kata tidak perlu sapuan Florida dulu. Tetapi gigi anaknya seperti ini sekarang.

JAWAPAN:

1. Inilah hasil karies gigi susu. Pastikan ibubapa gosok gigi anak bersama-sama.

2. Saya memberi cadangan rawatan ini sekiranya anak ini sihat (tiada sebarang masalah penyakit perubatan contoh masalah jantung).

3. Maka sekiranya pesakit kanak-kanak itu duduk sopan patuh arahan doktor,  ala-ala PUTERI SANTUBONG maka boleh ditampal gigi tersebut.

4. Tetapi sekiranya pesakit kanak-kanak ala-ala KAPTEN MARVEL tak bekerjasama, maka jangan bercita-cita berjaya ditampal. Haaa sudahnya huru hara dental chair,  barang-barang kami berterabur haha.

CEGAH KARIES GIGI SUSU..lagi dan lagi ini tips ya.

1. Mulakan membersih gigi anak anda apabila gigi pertama sudah tumbuh. (Gosok dengan tuala pun ok)

2. Gunakan ubat gigi berflorida

• Secalit nipis umur kurang 2 tahun
• Sebesar saiz kacang ‘pea’ 2-5 tahun,
• 2 minit x 2 kali sehari

3. Jangan biarkan anak anda tidur sambil menghisap botol susu. (juga susu badan)

4. Jangan kongsi sudu/garpu atau merasa makanan sebelum menyuap kepada anak anda.

5. Elakkan gula ke dalam botol susu.

6. Pantau tahap pengambilan gula dan kekerapan pengambilan makanan ringan.

7. Tidak terlalu awal untuk membawa anak anda untuk menjalankan pemeriksaan gigi.

8. Pastikan pemeriksaan gigi dilakukan sebelum kanak – kanak berumur satu tahun.

9. Jika anak anda mengalami sakit gigi atau bengkak sila dapatkan rawatan segera.

10. Sapuan Florida. (Pastikan gigi sudah di gosok)
Dapatkan sapuan florida untuk anak anda di klinik pergigian berdekatan bagi mencegah karies gigi.


Semoga bermanfaat. 🌹😊


You Might Also Like

0 KOmen: