4 Cara Memilih Telur Yang Bagus
Untuk memilih telur yang terbaik, anda harus tahu bagaimana caranya. Hari ini, saya akan kongsikan dengan anda empat tip yang boleh membantu anda untuk membeli telur terbaik.1. PERIKSA KULIT TELUR
Perhatikan sekeliling kulit telur dan lihat jika ada sebarang keretakan padanya. Jika masih elok, bermakna bahagian dalam telur masih terlindung.
Untuk mengetahui sama ada telur itu bagus mahupun tidak, ia mempunyai sejumlah butiran kecil yang akan membuatkan permukaan telur sedikit kasar jika dipegang.
2. GONCANG TELUR
Untuk mengetahui keadaan dalam telur, goncangkan ia. Telur yang berkualiti tidak akan kedengaran berbunyi kerana ia padat di dalamnya.
Putih telur yang bagus sedikit kental jika dibandingkan dengan yang sudah lama ataupun rosak. Jika telur tidak berbunyi bermakna telur putih itu dalam keadaan yang baik.
Telur putih yang sudah rosak tidak dapat 'mengikat' kuning telur dan mempunyai rongga udara yang banyak di dalamnya. Oleh itu, apabila digoncangkan ia akan berbunyi.
3. RENDAMKAN DALAM AIR
Ketika anda di rumah, tiba-tiba teringin makan telur. Bagaimana anda mahu tahu jika telur itu masih boleh digunakan?
Rendamkan saja. Telur yang masih baik akan terendam, jika sudah seminggu disimpan akan tenggelam dengan posisi sedikit senget.
Telur yang tersimpan lebih kurang 2-3 minggu pula akan lebih tegak kerana rongga udara di dalam telur semakin banyak. Sekiranya anda rendam telur dan ia timbul sepenuhnya, bermakna ia sudah rosak. Namun, jika waktu anda rendamkan telur itu dan ia tenggelam sepenuhnya, bermakna telur itu masih segar dan selamat untuk digunakan.
4. PERHATIKAN KUNING TELUR
Kuning telur yang masih elok biasanya berwarna kuning terang dan apabila dipecahkan, ia akan terbentuk cantik.
Jika sudah tidak berapa elok, kuning telur akan berwarna sedikit pucat dan cenderung untuk 'terlerai' ketika anda pecahkan telur. Selain itu, putih telur juga tidak selikat yang biasa.
Telur yang rosak boleh menyebabkan kematian
Kes keracunan puding buih telah menyebabkan SATU kematian wanita yang muda yang berusia 25 tahun. 99 mangsa dari 20 keluarga lain turut dikesan mengalami gejala keracunan.
Punca keracunan adalah penggunaan telur tamat tempoh. Sebagai pengguna dan pengusaha, sila ambil perhatian kepada tanda tanda telur yang telah rosak.
Jangan ambil mudah, telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, muntah sakit perut dan juga boleh menyebabkan kematian.
Selagi ada rasa ragu ragu, jangan guna dan makan telur tersebut
Tip: Rahsia untuk telur tahan lama anda perlu terus simpan telur yang dibeli ke dalam peti sejuk. Tidak perlu membasuh kulitnya terlebih dahulu sebelum menyimpan. Jika ingin gunakan telur tersebut baru anda bersihkan kulitnya dengan air bersih.
0 KOmen: