Kebaikan Dan Keburukan Membela Pokok Snake Plant

6/16/2020 04:49:00 PTG Fara Lumière 1 Comments


Kebelakangan ini, ramai di antara kita yang berpusu-pusu mendapatkan tumbuhan ‘snake plant’ atau lebih dikenali sebagai pokok lidah jin. Harga pokok Snake Plant juga dijangka semakin tinggi sejak viral. Tapi sejak akhir-akhir ini ramai share keburukan pokok snake plant sebagai contoh tanah tidak elok berada di dalam rumah, bahaya untuk haiwan peliharaan dan banyak lagi. Fara yakin setiap yang baik pasti ada keburukkannya. Dah jadi penggemar pokok indoor mestilah kena tahu akan kebaikan dan keburukan sesuatu pokok itu bukan? 

5 Tanaman Hiasan Dalam Rumah Boleh 'Bersihkan Udara' - Mustaffa Yasin

Snake plant TIDAK SESUAI kepada haiwan peliharaan

Mungkin kesannya tidak seberapa buat manusia namun ia membawa kepada kesan dan gejala yang lebih teruk kepada haiwan peliharaan di dalam rumah khususnya, misalnya terhadap kucing dan anjing. 

Kenapa?

Kerana tanaman tersebut akan menyebabkan air liur haiwan tersebut dihasilkan secara berlebihan, selain ia juga menyebabkan haiwan peliharaan tersebut berasa kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.

Oleh yang demikian, jika anda mempunyai anak kecil dan bayi ataupun anda membela kucing dan anjing di dalam rumah, anda dinasihatkan agar mengambil kira perkara ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Ini kerana, anak kecil berkemungkinan akan bermain dan cenderung untuk memasukkan semuanya ke dalam mulut mereka. Begitu juga dengan haiwan peliharaan anda yang senantiasa mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi

Mereka berisiko tinggi ekoran terdedah secara langsung dengan bahan aktif tersebut sekali gus mampu menyebabkan keracunan. 

Snake Plant TIDAK BOLEH menapis udara dalam rumah

Viral sebelum ini tentang kebaikan pokok lidah jin ini ditanam dalam rumah sebagai penapis udara, 'tapis toksin' dalam udara, bekalkan oksigen dan sebagainya. Semua ini adalah kebaikan tanam pokok hidup dalam rumah, tiada isu pun. Semestinya tidak sebagai penyedut habuk. Selain itu, menurut Public Health Malaysia, tumbuhan itu juga tidak mampu untuk menapis udara seperti yang didakwa.

Usah cepat terpedaya viral khasiat pokok dalam rumah | Nasional ...

Betul ke menanam pokok lidah jin dalam rumah adalah berbahaya kerana faktor tanah?

Betul ke menanam pokok lidah jin dalam rumah adalah berbahaya kerana faktor tanah. Faktor yang disebut adalah terdapat pelbagai mikroorganisma dalam tanah itu yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia, haiwan peliharaan dan sebagainya.

Tanah itu selagimana kekal dalam pasu itu, tak membahayakan nyawa dan tidak mengakibatkan jangkitan pun. Janganlah sentuh tanah itu tanpa sebab dan janganlah masukkan ke dalam mulut. Boleh faham, kan?

Tanah di luar rumah tu, kalau dimasukkan ke mulut, atau tangan sentuh tanah tanpa cuci terus pegang kuih masukkan ke mulut pun, semua ini tak bagus untuk kesihatan kan? Sebab namanya tanah, di luar atau dalam rumah, kedua-duanya ada risiko mikroorganisma itu. Tangan itu perlu dicuci. Tak berbahaya pun selagimana tak disuap ke mulut....

Bahan kimia dalam daun yang disebut racun itu, dan mikroorganisma dalam tanah itu, bukanlah berterbangan dalam rumah apabila kita tanam pokok lidah jin dalam rumah. Covid19 pun tidak berterbangan...

Apa Pula kelebihan lain pokok Snake Plant ini?

1. Mudah dijaga

Pokok Lidah Jin adalah antara tumbuhan hijau yang sangat mudah dijaga serta tidak memerlukan kos tinggi. Jika tiada matahari atau bekalan air juga, pokok ini mampu bertahan. Namun sebaik-baiknya, siramlah dan biarkan ia terkena cahaya matahari!

2. Menyerap pencemaran udara

Pokok ini mampu menyerap pencemaran dan ia di antara yang terbaik dan sebab itu ia sangat sesuai sebagai pohon hijau untuk indoor.

Malah ia cukup efektif dalam menyedut gas berbahaya seperti toluene, benzene, formaldehye yang dikatakan sebagai punca kanser kepada manusia.

Jika gas berbahaya itu pun boleh disingkirkan, apatah pula asap rokok atau bau kepam dalam rumah!


Lidah jin banyak tumbuh di halaman rumah dan sesuai dijadikan perhiasan dalam kediaman anda.

3. Kaya dengan oksigen

Lidah Jin atau nama saintifiknya, Sansiviera adalah tanaman yang mampu menghasilkan oksigen dengan baik. Klorofil yang dihasilkan akan membantu mempercepatkan proses fotosintesis.

Ini sekaligus akan menyebabkan peningkatan penghasilan oksigen dalam rumah anda.

4. Miliki bau khas

Jika anda perasan lidah jin mempunyai satu bau istimewa dan tidak hairan negara seperti China dan Perancis menggunakan tumbuhan ini dalam wangian dihasilkan.

Sebab itu, lidah jin sesuai diletakkan dalam rumah seperti bilik air atau dapur bagi meninggalkan baunya yang sedap.

5. Terapi

Pada waktu petang, biasanya bunga lidah jin akan mekar dan ia mengeluarkan bau khas yang menyenangkan. Ia cukup sesuai sebagai terapi selepas seharian keluar bekerja dalam mengurangkan tekanan.



Tak salah pun tanam pokok dalam rumah. Pilihan masing-masing. Fara sendiri ada pokok ini di rumah.

You Might Also Like

1 ulasan:

  1. Ohhhhh..camtu..tuhla..saya pun kena marah kalau nak letak ni dalam rumah..Adik Suh letak luo aje...rumah sy xde budak kecik..so rasanya no Hal lahhh.huhu...tQ info..tapi kalau tanam x guna tanah, guna serabut kelapa je....ok kann

    BalasPadam